Hibah Takaful RM 100 sebulan

Pampasan Hibah Takaful adalah sejumlah duit yang waris akan terima selepas peserta takaful meninggal dunia. Duit ini adalah hak 100% pewaris yang dilantik oleh peserta sewaktu dia masih hidup.  

Al-Baqarah Ayat 240

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kelebihan Hibah Takaful

Tanpa Perlu Lalui Amanah Raya

Selepas tuntutan berjaya, duit takaful akan dimasukkan terus ke dalam account pewaris.

Tanpa Proses Faraid

Manfaat Hibah Takaful tidak tergolong dalam aset harta pusaka si mati jadi tidak perlu lalui proses faraid.

Proses Tuntutan Cepat Dan Mudah

Selepas lengkap semua document seperti sijil kematian, salinan IC dan borang tuntutan, proses  dalam 14 hari bekerja untuk pewaris dapat duit takaful hibah.

Tidak Boleh Dicabar Pihak Lain

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 membolehkan penyerahan manfaat takaful kepada beneficiari di bawah hibah bersyarat.

Tidak Perlu Legal Fees

Tidak perlu lagi nak lantik peguam untuk proses mahkamah yang akan menimbulkan kos.

Duit Segera Untuk Waris

Sementara menunggu proses pencairan harta, pewaris dapat meneruskan kehidupan dan bayar hutang-hutang arwah (jika ada).

70 Billion Harta Umat Islam masih lagi dibekukan dan tidak dituntut

Proses tuntutan harta boleh jadi rumit, mengambil kos yang banyak dan mencabar. Ada yang mengambil 6 bulan hingga 2 tahun. Ada juga kes yang masih lagi tidak diselesaikan kerana banyak sebab-sebab yang berlainan. Lagi lama kes sebegini tidak diselesaikan, lagi rumit jadinya apabila waris tidak dapat dikesan ataupun sudah meninggal.

Sementara proses harta pusaka belum diselesaikan, hibah takaful dapat membantu pewaris meneruskan kehidupan, bayar perbelanjaan bulanan seperti makanan, rumah dan sekolah anak-anak.

 

MRTT tidak bayar hutang rumah sepenuhnya

 

Selalunya ramai terlepas pandang perkara ini dan mendapati apabila pembayar loan rumah meninggal dunia, MRTT atau MRTA yang dimasukkan sekali dalam loan rumah selalunya tidak cukup untuk membayar hutang rumah. Lagi masalah apabilia rumah itu pemilikan bersama suami isteri.

Akhirnya rumah itu terpaksa dijual.

 

 

Termakan Harta Anak Yatim

Sebab-sebab kes pengurusan harta mengambil masa yang lama

Kebanyakan kes pengurusan harta mengambil masa yang lama. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sehingga 70B hartaharta di Malaysia dibekukan. Cabaran utama menguruskan harta pusaka adalah :

Kos Pengurusan

Fi khidmat, kos guaman, cukai,fi perkhidmatan pentadbiran harta pusaka dan lain-lain. 

Masa Yang Panjang

Banyak kes yang masih belum diselesaikan, banyak borang yang perlu disediakan dan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk selesaikan pengurusan harta.

Pentadbir Harta

Kesusahan untuk mencari penjamin atau pentadbir harta yang sanggup meluangkan masa dia untuk membantu menguruskan harta. Lagi-lagi apabila dia buka salah seorang daripada waris yang berhak menerima.

Kurang Ilmu Harta Pusaka

Ramai yang mahir tentang ilmu harta pusaka dan siapa berhak dapat apa tetapi ramai yang tidak tahu tentang proses pengurusan harta di Malaysia dan langkah-langkah yang harus di ambil untuk menyelesaikannya.