RM 100 eMadani : 5 Strategi Untuk Gandakannya

by | Dec 5, 2023 | Kewangan | 0 comments

Tiba-tiba saya dapat notification daripada phone saya untuk claim eMadani daripada shopee. Lepas tu MAE, Setel dan TnG. 

Tahniah buat 4 syarikat gergasi ini sebab dapat ‘tender’ untuk jadi salah satu 4 syarikat untuk jadi supplier e-Madani ini. Saya jangka 4 syarikat ini akan untung besar tahun depan.

Apa yang kita dapat?

Kita dapat RM 100 dalam bentuk e-wallet yang kita boleh guna secara physical sahaja. Maksudnya kena pergi ke kedai dan beli barang. Tak boleh buat pembelian online.

Saya tengok ini satu usaha kerajaan untuk ‘stimulate’ ekonomi supaya lebih berkembang. Okay la alhamdulillah. Cuma kesan dia kita akan rasa secara indirect.

Apa yang kita tak boleh beli/buat? 

  1. Pemindahan ‘peertopeer’;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Macam mana cara yang lebih efektif untuk ‘fully utilize’ RM 100 ini?

Saya tengok memang okay untuk kita beli makanan, isi minyak sekali atau dua kali atau beli barang-barang runcit tapi saya ada fikir ada beberapa benda ini kita boleh beli untuk ‘fully utilize’ RM 100 e-credit yang kita dapat supaya mungkin kita boleh gandakan RM 100 menjadi lebih banyak lagi.

  1. Beli peralatan untuk mula business 
    • Beli barang asas cuci kereta dan mulakan side hustle car detailing/car wash daripada rumah. https://shope.ee/LN88MrXUR
      Buat business cuci kereta daripada rumah, satu botol ini boleh digunakan untuk cuci dalam 10 kereta. Setiap kereta ambil upah sebanyak RM 35. Total untung RM 250. Tahniah anda telah gandakan duit RM 100 anda 3.5 kali ganda jadi RM 350. ‘Rinse and repeat’ sampai anda dapat pendapatan yang selesa daripada side income ini.
    • Mulakan channel youtube
      3 benda asas ini dah cukup untuk mulakan channel youtube anda. Kongsi ilmu yang bermanfaat. Tak perlu jadi expert untuk kongsi pengalaman di Youtube. Anda hanya perlu kongsi benda yang akan beri manfaat kepada orang lain. Awal-awal, jangan fikir nak dapatkan duit terus daripada youtube tapi penting untuk bina community, berkomunikasi dengan viewers dan sentiasa perbaiki konten pada setiap video. Bila dah ada 1000 subscribers, Youtube akan membayar kita untuk setiap views. Itu salah satu cara untuk bina pendapatan daripada Youtube.

    • Beli peralatan sukan asas dan jadi coach
      Kalau anda pandai dalam sesuatu sukan, beli lah peralatan asas dan mula kelas ‘for beginners’. Bola sepak for beginners, badminton for beginners, tennis for beginners.
      Ikut pada sukan apa yang anda pandai. Boleh charge RM 100 – RM 400 sebulan untuk setiap anak murid.
    • Beli barang-barang asas untuk flipping
      Paling mudah untuk flip adalah dengan membersihkan barang-barang yang terpakai, beli dengan harga murah dan jual dengan harga lebih tinggi. Beli benda ini untuk aktiviti refurbishing.
      Pink Stuff – https://shope.ee/40GQcJqfjd
  2. Affliate Business
    Beli 20 barang murah yang anda rasa bagus yang anda boleh jumpa di kedai-kedai physical yang boleh dibeli di shopee. Buat 20 video affliate dan post di tiktok, instagram, facebook, youtube. Lagi banyak lagi bagus.
    Letak link affliate pada setiap video dan letak semua 20 link affliate di bio social media page anda. Daripada 20 ini mesti ada 1-2 yang menjana RM 100/sebulan untuk setiap video.
  3. Beli Buku 
    Di kedai buku anda boleh bayar guna e-wallet, saya rasa ini cara paling efektif untuk gunakan RM 100 eMadani anda. Pandaikan diri sendiri. Beli buku-buku yang boleh membantu kita jana lebih pendapatan. Ini buku saya recommend :

    1. Buku Financial Faiz – https://shope.ee/LN8Fc8I8P
    2. Buku Financial KC Lau – https://shope.ee/kHr2HPl7
    3. Youtube Secrets Book – https://shope.ee/4ppXbyojjQ
  4. Belanja mak dan ayah makan 
    Ye saya tahu ini tak boleh nak gandakan RM 100 jadi lebih banyak tapi kalau dah lama tak keluar makan dengan keluarga, ini lah masanya. Boleh guna ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga.

Cuma kena ingat lagi sekali, eMadani RM 100 tunai ini walaupun masuk ke dalam e-wallet, kita hanya boleh buat pembelian secara physical di kedai. Kalau nak tahu kedai mana yang boleh pakai ini, cara yang ada QR code TNG, MAE, Shoppee Pay di counter.

Kalau korang ada lagi pendapat macam mana nak kembangkan RM 100 ini jadi RM 200 ataupun lebih banyak tolong comment di bawah jom kita berbincang sama-sama.

Next post saya akan ceritakan cara lain macam mana nak gandakan RM 100 jadi lebih banyak sekiranya RM 100 ini tiada requirement eMadani.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *