Apa Itu Hibah Takaful?

by | Jun 4, 2023 | PruBSN | 0 comments

Selalu sangat agent Takaful sebut tapi…

Apa itu hibah Takaful?

Mesti korang google dan tertanya-tanya “apa itu hibah takaful?” Tahniah anda dah sampai ke sini. Jom saya terangkan secara ringkas.

Hibah Takaful adalah plan Takaful yang diambil oleh pelanggan Takaful di Malaysia untuk memberi sejumlah duit (pampasan kematian) kepada pewaris yang dipilihnya selepas berlaku kematian. Tidak kira sama ada pewaris itu adalah dalam faraid atau tidak. Hampir semua syarikat Takaful di Malaysia menawarkan produk ini. Jangan terkejut kalau ramai pelanggan sendiri ambil plan hibah takaful tapi mereka pun tak tahu apa itu hibah takaful.

Persoalannya apa itu hibah Takaful?

Sebenarnya ia adalah pampasan kematian dalam plan Takaful tapi sejak tahun 2013 mengikuti Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di Malaysia, pampasan kematian di dalam plan hibah Takaful boleh diberikan kepada pewaris yang dipilih sebagai penerima hibah bersyarat. Dalam bahasa mudah, sesorang yang ambil plan Takaful boleh menamakan sesiapa sahaja yang dia mahu untuk menerima sejumlah duit selepas dia meninggal dunia. 

Habis tu sebelum tahun 2013, macam mana? 

Sebelum tahun 2013, penerima pampasan kematian dalam plan Takaful semuanya adalah status wasi. Maksudnya mereka akan dapat jumlah duit pampasan kematian tapi mereka ditanggungjawab untuk membahagikan duit itu dengan cara yang betul. Bayar segala hutang yang ada,  kemudian selebihnya diagihkan kepada penerima faraid. Proses ini tidak diselia oleh sesiapa dan hanya bergantung kepada wasi itu. Sebelum tahun 2013, ramai tak tahu apa itu hibah takaful.

Apa perbezaan hibah takaful vs life insurance conventional? 

Pampasan kematian daripada life insurance conventional tidak mematuhi syariah kerana mengandungi 3 elemen iaitu gharar, riba’ dan maisir. 

  • Gharar (Ketidakpastian) – Plan conventional berjanji akan bayar RM 60,000 (contoh) sekiranya pemegang polisi meninggal dunia dalam tempoh perlindungan (contohnya 20 tahun). Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia selepas tempoh perlindungan, tiada pampasan kematian yang dibayar. Ini salah satu contoh gharar dalam plan insurance. 
  • Riba (Interest) – Plan insurance conventional adalah plan jual beli iaitu pemegang polisi membeli janji sebuah syarikat insurance. Syarikat insurance itu berjanji akan bayar RM 100,000 (contoh) sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum umur 70 tahun. Katakanlah pemegang polisi meninggal dunia selepas hanya bayar premium setahun (RM 2400, contohnya). Jadi dia membeli RM 100,000 dengan harga RM 2400. Ada unsur riba’ di sini yang melanggar hukum syarak. 
  • Maisir (Perjudian) – Pemegang polisi membayar premium setiap bulan harga sedikit dengan harapan dapat claim jumlah yang besar sekiranya berlaku sakit kritikal, masuk hospital, cacat kekal ataupun kematian. Ini adalah perjudian.

Ketiga-tiga element ini tiada dalam plan Takaful kerana Takaful adalah bukan kontrak jual beli. Takaful adalah perjanjian antara semua peserta untuk sedekah setiap bulan kepada sebuah tabung yang dipanggil Tabarru’. Sekiranya salah satu peserta perlukan duit untuk membayar bil hospital, kecacatan kekal, kematian, sakit kritikal ataupun kecederaan ringan yang telah ditetapkan dalam perjanjian, duit itu akan dikeluarkan daripada tabung Tabarru’ semua peserta untuk membantu peserta yang susah itu. Setiap tahun sekiranya tabung itu ada lebihan, akan diberikan balik semua kepada peserta dalam bentuk perkongsian untung (al-mudarabah). 

Senario dimana pentingnya perlu ada hibah Takaful :

  1. Banyak sangat hutang dan risau tidak sempat melunaskannya sewaktu hidup.
  2. Nak sediakan tunai segera bagi pewaris supaya dapat meneruskan kehidupan.
  3. Tunai segera sementara menunggu harta arwah dicairkan (proses boleh jadi sangat lama dan mahal sekiranya tiada persediaan)
  4. Sebagai hadiah terakhir buat keluarga tersayang. 
  5. Wakaf atas jalan islam supaya dapat buat amal jariah dan pahala berpanjangan. 

Hibah Takaful bukanlah penyelesaian menyeluruh bagi proses pembahagian harta islam tetapi merupakan salah satu alat sangat penting dalam membantu menyelesaikan dan memudahkan proses pembahagian harta umat islam. 

Nak analogi senang,

Cuba bayangkan ada 5 adik beradik yang tak tahu apa itu hibah takaful, mereka letak RM 10 setiap bulan dalam tabung. Sekiranya salah satu adik beradik perlu guna duit untuk pergi clinic, dia boleh ambil daripada tabung itu. Hibah Takaful adalah sama seperti itu tapi melibatkan berjuta orang di Malaysia. 

Akhir kata, kita kena tahu apa itu hibah Takaful dan gunakannya untuk diri sendiri dan untuk membantu orang lain.

Jika anda ingin mengemaskinikan nama penama/pewaris dalam plan hibah Takaful anda boleh click link ini untuk dapatkan borangnya. 

Sebarang pertanyaan tentang plan hibah takaful boleh whatsapp saya di sini 0126225202

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

PruBSN Lestari Honest Review

PruBSN Lestari adalah satu plan terbaru daripada PruBSN. Apa yang dia cover? Mainly adalah kalau seseorang tu meninggal dunia, waris dia dapat pampasan takaful. Boleh nak katakan ini adalah plan hibah Takaful tapi unique selling point dia adalah dia adalah guaranteed...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *