14 Week Update : Cara Nak Request Obstetric and Gynaecology Report Dari Hospital

Alhamdulillah dah masuk minggu ke-14 pregnancy dan kami nak apply untuk plan pre-natal Takaful daripada PruBSN.

Kenapa nak apply plan pre-natal PruBSN? 

  • Cover penyakit kuning (jaundice)
  • Cover kalau masuk HDU/ICU
  • Cover kalau ada congenital illnessses
  • Ambil plan takaful sebelum lahir lagi elok supaya in the future takda la ‘pre-existing’ illness
  • Nak mula savings untuk anak seawal mungkin

So ini caranya nak dapatkan plan Takaful prenatal ni, first kena request OnG report daripada doctor.

Biasanya saya whatsapp clinic dia terus boleh buat tapi kali ni kena email mereka untuk request mrdsh@kpjdamansara.com.

Benda yang dia perlukan adalah :

  • Consent Letter (Mereka akan provide)
  • Copy of IC Ibu (Front and Back)
  • OnG Report (Agent Takaful akan provide)
  • RM 50 sebagai deposit

Kemudian dapat reply daripada mereka mengatakan report ini akan siap dalam 4 minggu. Kadang-kadang sekejap je tapi 4 minggu ni kira maximum la.

Ofcourse saya nak prepare yang terbaik untuk anak dalam kandungan ni seawal mungkin dan bulan-bulan bayar dalam RM 250. In sya Allah boleh.

Kalau boleh, taknak guna pun plan Takaful ni, nak ada sahaja dan kalau boleh tak nak anak sakit sampai perlu warded ke hospital. Terlalu kesian tengok anak-anak kecil di hospital.

Saya adalah agent Takaful jadi sebelum ni saya selalu bantu client-client bantu dapatkan plan prenatal untuk mereka kali ini giliran saya pula untuk sediakan untuk anak sendiri.

Kalau korang ada yang pregnant juga dan nak sediakan plan prenatal, boleh whatsapp saya 0126225202. 

By the way, untuk more info tentang plan prenatal ni boleh tengok sini.

Selain daripada ini ada lagi 3 benda lain kita kena sediakan sebelum baby sampai :

  • Pembantu untuk menguruskan rumah dan jaga anak
  • Confinement lady (kena bayar 30% deposit sekarang sebab mereka selalu penuh kalau last minute)
  • Barang-barang baby seperti baby cot, stroller, susu, baju baby, baby gate, diaper changing table, table untuk bath tub untuk mandikan baby, breast pump, botol susu.

Benda yang sangat-sangat penting untuk ibu bapa yang baru yang kita rasa tak penting adalah :

  1. Diaper changing table
  2. Bath tub baby sekali dengan kaki dia
  3. Baby carrier

Tiga benda ni kalau takda, memang sakit la lower back korang. Pada mula memang tak rasa masa baby masih ringan, bila baby dah masuk 10 kg ke atas, memang sakit belakang la.

Okay harap korang dapat manfaat daripada blog post ni.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Baby Update! : Akhirnya baby dah sampai !

Alhamdulillah baby selamat dilahirkan pada 23/11/23 (tarikh ni memang isteri nak) dengan berat 2.67kg. Tiada komplikasi dan semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Seminggu sebelum tarikh yang kita tetapkan kita disuruh pergi ke level 2 (maternity ward)...

Week 26 Update : Ujian Glucose, Berpuasa, dan Pertussis Vaccine

Week 26 Update : Ujian Glucose, Berpuasa, dan Pertussis Vaccine

Setiap perjalanan kehamilan mengandungi detik-detik yang tak terlupakan. Pada minggu ke-26 kehamilan saya, saya telah menjalani satu kunjungan yang penuh cabaran dan kegembiraan. Semasa kunjungan ini, saya telah menghadapi ujian glukosa hamil, berpuasa selama 12 jam,...

Week 22 : Monthly Check Up

Week 22 : Monthly Check Up

Untuk check up ini, kami ada sedikit kerisauan kenapa baby masih tak bergerak lagi dan belum tendang lagi. Jadi lagi bertambah risau apabila doctor pun kata patut by now dah tendang. Jadi dia buat detailed scan, maksudnya dia scan dan ukur setiap organ, kaki, tangan,...

Week 20 Update – Dah dapat OnG Report Untuk Apply Takaful Prenatal

Week 20 Update – Dah dapat OnG Report Untuk Apply Takaful Prenatal

Okay alhamdulillah dah dapat report daripada hospital untuk apply prenatal takaful. Kitorang sign up plan prenatal supaya dapat cover apa yang cover : Jaundice HDU/ICU Incubation due to premature Congenital illnesses Lepas lahir tak perlu sibuk nak apply medical card...

17 Weeks Update : Pengalaman Bersalin Di Hospital KPJ Damansara

17 Weeks Update : Pengalaman Bersalin Di Hospital KPJ Damansara

Tak siap lagi report O&G. Dah hantar 3 minggu lepas tapi tak siap lagi report yang kami minta untuk apply plan pre-natal. Sebelum ini, laju je doctor siapkan tapi sekarang bila medical record department dah ambil alih. Process jadi slow. Ada sesetengah hospital...

13 Week Update – NIPT Test Results

13 Week Update – NIPT Test Results

We’ll be having a girl! Terkejut tiba-tiba dapat whatsapp daripada clinic mengatakan “Good morning, your test results shows all low risk for abnormalities. In the report there’s also the gender of the baby, do you want to know the gender?” Lepas tu saya kata, “Yes I...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *