Untuk check up ini, kami ada sedikit kerisauan kenapa baby masih tak bergerak lagi dan belum tendang lagi.
Jadi lagi bertambah risau apabila doctor pun kata patut by now dah tendang. Jadi dia buat detailed scan, maksudnya dia scan dan ukur setiap organ, kaki, tangan, tengok otak juga dan sebagainya. Dia kata semuanya okay alhamdulillah. Dari scan itu pun kami nampak jantung dia berdegup.
Doctor pun kata semua okay jadi kita pun bersyukur.
Check up pada hari ini kos adalah RM 250.
Consultation Fee sahaja, tiada vitamin.
Yang bestnya, bila dah sampai rumah, baby ada tendang pada kali pertama dan isteri saya pun rasa gembira. Alhamdulillah syukur. Baby malu-malu tak nak tendang sebelum ini.
0 Comments