Tak siap lagi report O&G.
Dah hantar 3 minggu lepas tapi tak siap lagi report yang kami minta untuk apply plan pre-natal. Sebelum ini, laju je doctor siapkan tapi sekarang bila medical record department dah ambil alih. Process jadi slow. Ada sesetengah hospital policy dia adalah semua report perlu lalui medical report department dan ada juga setiap report hanya terus direct dengan clinic doctor.
KPJ Damansara, kena email kepada medical report department, lepas tu mereka request dari doctor, kemudian doctor siapkan, kemudian dia perlu hantar balik ke medical record department, dan medical report department akan email kepada kita bahawa dah siap. Process ini mungkin mengambil masa sebulan.
Kalau liase direct dengan clinic doctor, akan cepat, tak sampai seminggu sudah siap.
Alhamdulillah baby dalam keadaan sihat.
Hari ini, doctor hanya check ukuran size baby, air ketuban, heart beat. Dia kata semuanya okay dan growth adalah average. Dia juga go through report bloodtest genetic testing yang kita ambil bulan lepas dan dia kata semua okay alhamdulillah.
Lagi satu wife saya tanya dia kalau anak lelaki kami ni tertendang perut ke, bahaya ke?
Dia kata “God’s creation is wonderful” dia kata baby dalam kandungan dilindungi dengan pelbagai jenis lapisan abdomen dan akhir sekali ada air ketuban sebagai absorber. Dia pun kata pernah ada ibu mengandung accident kereta dan direct kena di perut tapi alhamdulillah baby masih sihat.
Kos check up hari ini.
Kos check up hari ini untuk visit minggu ke 17 ini adalah RM 230.
0 Comments