Pernah tak korang dapat kawan-kawan yang kata “Eh mahalnya ko beli TV ni”, “Mahal nya kau beli itu..”? ataupun “Patut kau beli kereta ni dari kawan aku, dapat la banyak rebate atau discount”.
Salah satu contoh biasa yang orang cakap macam ini adalah apabila korang sign up plan Takaful.
Dia akan kata “Mahalnya takaful kau, aku punya RM 140 je bulan-bulan, baik kau cancel and ambik dengan agent aku je lah”. Jangan dengar nasihat macam ni sebab keperluan masing-masing berbeza. Mungkin dia sesuai ambil plan takaful RM 140 tetapi korang sesuai ambil RM 1000 sebulan.
Sebabnya mungkin dia adalah seorang yang single dan tiada tanggungan dimana korang adalah ketua keluarga yang ada 3 orang tanggungan. Lainnya di situ.
Saya telah kumpulkan GUIDELINE untuk caruman Takaful anda sebulan supaya anda tahu apa angka yang sesuai untuk setiap bulan.
Jumlah Hibah Yang Patut Kita Ambil
10 kali ganda gaji tahunan.
Contoh gaji bulan-bulan adalah RM 5000. Setahun adalah RM 60,000. Jadi jumlah hibah takaful yang anda patut ambil adalah RM 600,000. Untuk dapatkan hibah takaful berjumlah RM 600,000 ini hanyalah RM 258 sebulan untuk orang yang berumur 30 tahun.
Jumlah Perlindungan gaji
5 kali ganda gaji tahunan.
Perlindungan gaji maksudnya dari segi takaful adalah pampasan yang dapat sekiranya jatuh sakit kritikal ataupun cacat kekal.
Pelan Persaraan
20% daripada income
Hampir semua rakyat Malaysia ada EPF tetapi kalau ikut kajian, EPF selalunya habis dalam masa 3 tahun selepas retirement. Jadi kita disarankan untuk letak 20% daripada income kita untuk retirement planning. Tak kisah la di mana, asalkan plan itu sesuai untuk retirement, seperti private retirement scheme. Plan retirement yang bagus adalah sesuatu plan yang akan mature pada waktu retirement (55 atau 60). Ada juga pilihan untuk dapat duit itu setiap bulan seperti pencen selepas retirement dan ada juga yang dapat sekaligus pada waktu retirement.
Kos Pembelajaran Anak Di Universiti
5% daripada income
Se-eloknya kita letak 5% daripada gaji kita untuk setiap anak. 5% ini adalah untuk waktu mereka belajar di university atau kolej. Bukan untuk persekolahan setiap tahun. Contoh gaji kita RM 5000 sebulan. Kita patut letak RM 250 setiap bulan khas untuk waktu mereka nak sambung belajar pada umur 18 tahun nanti.
Dengan ada guideline ini saya harap ramai boleh cuba sedaya upaya untuk ikut supaya kita dapat buat planning hibah takaful, perlindungan gaji, persaraan dan pembelajaran anak-anak.
0 Comments