Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal

Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda batuk takda flu tapi demam sahaja.

Ingatkan akan elok seperti biasa dengan sendiri jadi takda rasa nak masuk hospital pun tapi tiba-tiba takda selera, tak nak minum tak nak makan dan pening teruk. Jadi pukul 9 pm malam saya ambil keputusan untuk pergi ke hospital sebab terasa dehydrated sangat.

Sampai di hospital, terus ke emergency room dan mereka ambil bloodtest dan initial diagnosis sebelum dapat darah pun doktor kata kemungkinan besar dengue dan memang banyak case dengue sekarang. Dia kata ada pergi mana-mana ke dalam 4-5 hari sebelum ini, saya memang ada pergi main golf dan waktu tu memang kena gigit nyamuk pun tepat-tepat 4 hari sebelum.

Jadi bila google dia kata memang incubation period adalah 3-5 hari sebelum demam lah waktu tu kena gigit dengue.

Jadi doktor tengok keadaan dehydrated dan dapat bloodtest results mengatakan memang dengue jadi terus proceed untuk admit ke hospital.

Duduk di hospital selama 4 hari, ingatkan best duduk hospital bilik personal, nurse membantu, tengok tv netflix dan youtube, makan 4 kali sehari sedap. Tapi sebenarnya seksa doh duduk kat hospital dengan pening, demam, takleh nak tidur. Tak macam duduk hotel. Macam duduk di hospital sebagai pesakit.

Selepas 4 hari, doktor kata demam dah turun jadi boleh balik ke rumah. Saya pun rasa happy tapi bukan sebab dah sihat pun, rasa masih tak sihat lagi tapi doktor kata boleh sambung recovery di rumah. Jadi saya pun balik lah, walaupun sebenarnya fikir kat hospital lagi elok recovery sebab kat rumah kena sidai baju, basuh baju, kemas rumah, kerja rumah, cari makanan sendiri dan sebagainya.

Tapi balik lah, lagi best tidur di katil sendiri daripada katil hospital.

Dengan itu tamatlah penginapan saya 4 hari di hospital KPJ Damansara 2.

Beberapa info tentang dengue :

  1. Tiada ubat, dia hanya bagi panadol untuk manage pening dan demam.
  2. IV Hydration supaya tak dehydrated – Selalu pergi toilet. Lagi effective daripada minum air orally.
  3. Platelet akan turun dan naik balik
  4. Bila badan gatal-gatal itu tanda-tanda dah nak baik (Bukan semua ada ini)
  5. Ada demam dengue berdarah, ini bahaya waktu kritikal phase
  6. Ada 4 jenis variant, kalau dah kena satu, ada peluang untuk kena lagi 3 kali. Variant yang kita dah kena tu, kita immune.

*Semua info ini perlu disahkan dengan doktor anda dulu, ini bukan blog tentang kesihatan dan semua yang saya share ini adalah daripada pengalaman saya sendiri. 

Total bil saya di hospital sebab dengue adalah RM 5000 untuk 4 hari di hospital. Memang merana la kalau duduk rumah, alhamdulillah dah sign up medical card daripada tahun 2019 dan semuanya covered.

Kalau korang yang masih takda personal medical card terutamanya yang bekerja sendiri, contact saya untuk sign up medical card anda segera.

@aminfuzi | Linktree

Amin Fuzi – Pesakit hospital yang telah recover daripada dengue dan surgery lutut ACL

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Week 33 Update : Pengalaman Bersalin di KPJ Damansara

Kita dah minggu ke 33 alhamdulillah lagi sebulan untuk menanti kehadiran puteri pertama kami. Baby M. Baru tahu kalau pregnant boleh masuk parking KPJ dan ada parking warna pink itu khas untuk mak yang mengandung tapi icon dia gambar mak bawak anak-anak tapi guard tu...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *