Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.  

Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000.

So macam mana saya plan nak buat ini?

Satu sahaja caranya, multiple sources of income. Tapi tak bermaksud saya alihkan fokus kepada beberapa bidang pekerjaan atau business lain. Research menunjukkan kita tak boleh multi task. Saya memang tak boleh la nak multi task.

Saya akan focus kepada satu business sahaja tapi jana lebih duit daripada beberapa avenue dan saya yakin korang pun boleh tiru cara saya menjana lebih duit.

Rugi kita tak ambil kesempatan ini. Rezeki dah ada depan mata tapi kita yang tak sedar.

So business apa yang saya akan focus?

  1. Business Takaful 
    Saya sudah dalam business ini sejak tahun 2011. 
    Dalam business Takaful commission dia macam ini, kalau seorang client saya dapat, commissionnya adalah 20% untuk tahun pertama.
    Kalau seorang client ambil plan sebanyak RM 250/sebulan maksudnya saya dapat sebagai commission RM 50 setiap bulan untuk 12 bulan pertama.

    Jadi untuk tahun 2024 saya target untuk bantu 100 clients baru. Dengan adanya 100 clients ini, saya akan dapat commission sebanyak RM 5,000/sebulan ataupun RM 60,000 setahun

    Dengan ikut formula 50:30:20, 20% savings daripada RM 60,000 adalah RM 12,000.

Susah ke senang nak dapatkan 100 clients setahun? In sya Allah dengan usaha, ada rezeki.

Saya hanya perlu focus dapatkan 10 clients sebulan.

Btw, agency saya sedang mecari agents untuk tahun 2024 juga. Kalau ada yang berminat nak ceburi bidang takaful, boleh tekan link ini untuk join agency saya.

  1. Youtube

Saya bukan buat benda baru di Youtube. Memang selama ini saya kongsi tentang kewangan, cara simpan duit, ilmu takaful dan harta pusaka dengan client-client saya. Saya akan continue buat benda sama tapi kali ini saya akan kongsi juga di youtube.

Cara dapat duit dari youtube adalah dari monetization. Sebelum boleh monetize youtube channel kita kena ada 1000 subscribers dan 4000 watch hours. Alhamdulillah saya dah achieve ini dengan bantuan korang semua. Terima kasih banyak-banyak.

Youtube membayar content creators sejumlah revenue yang mereka dapat daripada ads. Pengiraan dia macam ini. Untuk setiap 1000 views anda akan dapat RM 13 (nilai ini bergantung juga kepada beberapa faktor lain seperti location, umur audience dan niche kita).

Jadi target saya adalah untuk buat dua video yang ada 1 juta views ataupun 20 videos yang ada 100k views. Dengan itu boleh la saya dapat jana RM 20,000 daripada youtube. In sya Allah. Kalau korang nak tanya apa-apa tentang youtube monetization ni, tanya la kat comment kat bawah In sya Allah saya akan jawab sebanyak yang boleh. Saya rasa korang pun boleh Kongsi video-video tentang hobby korang di youtube dan dapat jana income juga di Youtube

  1. Affliate

Okay mungkin ini adalah satu benda baru yang saya tak pernah buat sebelum ini dan mungkin ini lain daripada bidang apa saya buat. Sebab itu saya akan focus kepada affliate product-product yang akan membantu orang simpan duit/bantu orang jana duit atau benda-benda yang memang saya beli dan saya rasa bagus.

Korang pun boleh ceburi affiliate ini sebab saya rasa bagus dan senang.

  1. Tak perlu beli/pegang stock
  2. Tak perlu handle delivery / on boarding
  3. Tak perlu after sales service

Jadi saya rasa affiliate marketing adalah satu business yang bagus sebab bila orang beli kita dapat upah. Memang dah lama kita buat pun ni, kawan-kawan tanya, eh mana eh nak beli itu ini, kita pun recommend sebab kita rasa bagus tapi dengan affiliate marketing ni bagi kita commission.

So rugi kita tak take advantage benda yang kita memang buat pun.

  1. Digital Products Yang Membantu
    1. Belanjawan Bulanan
    2. Ebook (Upcoming)

Excel Template Belanjawan Bulanan – Saya jumpa ramai orang tentang Takaful tapi masalah ramai prospect saya adalah mereka tak ada atau tak pernah buat budget. Jadi waktu consultation tu saya bantu buat budget untuk mereka. Tapi ofcourse, dengan saya, mereka malu la nak cerita semua expenses kan? Sama dengan saya juga.

Jadi saya telah create sebuah excel template untuk saya guna untuk diri sendiri dan untuk sesiapa yang nak guna.

Next, banyak masalah kewangan yang saya jumpa di Malaysia ini boleh diselesaikan dengan dua benda, kurangkan perbelanjaan dan naikkan pendapatan.

Saya tahu, ramai yang susah nak kurangkan perbelanjaan sebenarnya. Sebab ini, saya dalam process untuk menulis sebuah ebook untuk membantu orang naikkan pendapatan mereka.

Bagi saya, pendapatan yang tinggi tanpa ilmu kewangan tak guna tapi ilmu kewangan yang tinggi tapi gaji rendah pun susah juga.

Jadi ilmu kewangan kena naik setimpal dengan pendapatan. So nantikan lah ebook ini dan saya pasti ramai orang akan dapat value daripada ebook ini. In sya Allah.

  1. Business Coaching
    Ini adalah salah satu bidang yang saya sangat minat. Tapi saya tahu saya perlu ada ilmu, pengalaman dan sijil yang berkaitan sebelum saya boleh mula coaching.

In sya Allah saya ada sedikit ilmu daripada sales, online marketing, lead generation dan customer service. Bila saya dapat package ni semua jadi cara yang mudah untuk apply dan bila dah ada proven results baru saya akan buka untuk coaching.

Harap dapat generate juga income daripada sini untuk tahun 2024.

  1. Brand Deals

Lagi satu income source yang saya akan kejar tahun 2024 adalah dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain. Mana la tahu ada brand yang nak approach saya untuk letak product mereka dalam video-video saya ataupun nak bagi shoutout ke.

Saya dengar influencers semua dibayar ikut jumlah followers kan? Boleh jana dalam RM 1000 – RM 10,000 untuk setiap video.

Conclusion

Itu lah 6 cara saya akan guna untuk simpan RM 100,000 pada tahun 2024. Saya rasa 6 source of income ini selari dan tak larikan focus saya.

Saya harap korang dapat sesuatu daripada video ini dan akan mula fikir cara untuk jana pendapatan lebih juga tanpa perlu focus kepada beberapa bidang yang lain.

Sebagai contoh, kalau korang ada skills dan knowledge dalam sesuatu bidang, boleh share di Youtube, bina community, berkawan, socialize dan bila dah ramai tu, boleh monetize dan dapat la jana pendapatan sikit di Youtube.

Btw, kalau yang nak ikut perjalanan saya untuk kumpul RM100,000 ini boleh subscribe supaya korang akan dapat updates daripada youtube bila ada video baru keluar.

So cuba korang comment bila saya dah dapat RM 100,000 ni, apa patut saya buat dengan duit ini?

Saya baca semua comment korang dan saya akan reply semua comment. In sya Allah

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Week 33 Update : Pengalaman Bersalin di KPJ Damansara

Kita dah minggu ke 33 alhamdulillah lagi sebulan untuk menanti kehadiran puteri pertama kami. Baby M. Baru tahu kalau pregnant boleh masuk parking KPJ dan ada parking warna pink itu khas untuk mak yang mengandung tapi icon dia gambar mak bawak anak-anak tapi guard tu...

Comments

1 Comment

  1. Onira sarif

    Saya suka sharing tuan.banyak info baru saya pelajari.terima kasih

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *