Pakar Takaful Bagi ‘Ranking’ Cara Kita Menguruskan Duit

Dalam 10 tahun saya berada dalam industri takaful ini saya berpeluang untuk berjumpa dengan ramai orang dengan pelbagai karenah yang berbeza. Orang yang saya jumpa (tak semestinya semua jadi client saya) terdiri daripada orang biasa bukan warganegara yang bekerja di restoran sampai la ke pangkat Dato’ yang mempunyai pengaruh dalam 10 buah syarikat. Setiap orang mempunyai income dan cara pengurusan duit yang berbeza.

Ada yang gaji RM 10,000 tapi tidak dapat menyimpan walau satu sen setiap bulan dan ada yang gaji RM 1500 tapi dapat menyimpan RM 1000 setiap bulan. Hari ini saya nak bagi ranking untuk cara-cara orang menguruskan duit ikut pendapat saya sebagai seorang yang ada sedikit pengalaman dalam bidang kewangan ini.

  • Invest – B
    Investment ini skop dia besar. Ada investment yang bagus dan ada investment yang tak bagus. Terdiri daripada ASB, Wahed Investment, Stocks, Unit Trust dan Hartanah. Investment in general saya letak dalam tier A. Satu nasihat sebelum invest kena tahu adalah kita kena terima yang kita mungkin dapat pulangan ataupun tidak dapat pulangan. Jadi jangan pinjam duit untuk buat investment. Tak berbaloi dan risky.
  • Bina dana kecemasan – B
    Ini ramai orang tak buat. Dana kecemasan adalah 3 hingga 6 bulan gaji yang kita letak tepi sebagai kecemasan. Sekiranya kena buang kerja, business tergendala ataupun business down.

  • Bayar hutang yang ada interest tinggi – A
    Credit card loan up to 18% setahun. Jadi kalau kita ada hutang credit card baik settlekan dulu sebelum boleh fikir untuk buat investment susah nak kenal pasti investment yang dapat pulangan lebih dari 18% SETIAP tahun.
  • Melabur Dalam Hartanah – C
    Investment returns daripada hartanah boleh dapat pulangan up to 100% tetapi mungkin mengambil masa yang lama dan memerlukan dana permulaan yang tinggi. Ada juga cost yang ramai orang terlepas pandang seperti maintenance, cukai pintu, MOT cost dan juga property gain tax yang boleh affect pulangan dalam pelaburan hartanah. Namun, dah ramai yang berjaya jadi jutawan daripada pelaburan hartanah, saya nasihat buat research dan belajar secukupnya dulu.
  • Invest on yourself – A
    Kalau saya dapat bagi nasihat dekat diri saya sendiri yang berumur 20 tahun, saya akan bagi nasihat untuk baca buku banyak-banyak dan dapatkan mentor. Invest in yourself daripada segi ilmu itu saya bagi ranking A.
  • Simpan dalam account simpanan – C
    Account simpanan selalunya tempat letak gaji sementara kita nak guna untuk bayar expenses bulanan jadi kalau boleh biarkan banyak duit di account simpanan sebab tak mendatangkan manfaat. Lama-lama duit ni value jadi sikit sebab inflation.
  • Membeli Takaful – A
    Bagus, membeli Takaful selalunya kita allocate 10% daripada gaji untuk beli Takaful untuk melindungi 90% duit kita yang lain. Saya boleh bagi ranking ini A sebab Takaful guna konsep bantu membantu sesama peserta.
  • Atome atau Facility Pay Later Yang Lain – C
    Walaupun takda interest, kalau kita terpaksa ambil scheme macam ini bermaksud sebenarnya kita tak mampu nak beli. Contoh membeli Iphone harga RM 3000 dengan harga RM 250 setiap bulan. Ada juga kedai yang kata 0% interest bayar bulan-bulan tapi kalau beli cash RM 3000, kalau guna scheme 0% interest ni total harga retail iPhone tu jadi RM 3600. Jadi walaupun takda interest, harga retailnya naik.
  • Bagi keluarga pinjam duit – C
    Bagus ni, kalau kita tak tolong keluarga, siapa yang tolong keluarga kita? Dapat pahala dan dapat ringankan beban keluarga. Cuma kena ingat, bagi pinjam dengan hati ikhlas dan jangan bermasam muka kalau keluarga tak bayar balik. Kalau boleh bagi amount yang kita boleh halalkan.
  • Bagi kawan pinjam duit – D
    Sama macam bagi pinjam duit kat keluarga tapi kebarangkalian nak dapat balik lagi rendah.
  • Pinjam daripada bank – C
    Interest tinggi bergantung pada jenis loan. Kalau tak mampu bayar boleh dikenakan tindakan undang-undang dan stress setiap bulan fikir cara nak membayarnya. Kalau boleh bayar dengan senang setiap bulan mungkin ada manfaat tapi akan bayar lebih daripada apa yang kita pinjam.
  • Pinjam daripada grab/shopee pay later/touch n go – E
    Personal loan tapi yang terlalu senang untuk approve. Boleh dikenakan tindakan undang-undang jika tak bayar balik on time. Interest sangat tinggi.
  • Pinjam berlesen – E
    Ada black and white tapi tak nampak legit. Interest tinggi tak masuk akal tapi sekurang-kurangnya ada black and white dan syarikat pinjaman berlesen ini sekurang-kurangnya akan patuhi black and white yang telah ditandatangani. Mungkin ada practice yang tak masuk akal seperti peminjam akan disuruh serahkan bank card sekali dengan passwordnya.
  • Pinjam daripada loan shark/Ah Long – F
    Tiada black and white. Lambat bayar sehari dan terma dan syarat boleh berubah ikut suka hati. Sangat bahaya.
  • Mencuri duit – G
    Berdosa.
  • Sedekah – A++++
    Sangat bagus. Dapat pahala. Ini sahaja duit kita yang betul-betul hak kita. Duit kita yang lain pergi kepada bank, kedai makan, kedai baju dan sebagainya. Ini satu-satunya duit yang kepunyaan kita yang kita dapat manfaat berlipat ganda. Sedekah la sebanyak yang mungkin.

 

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *