9 Benda Saya Berhenti Beli Untuk Jana Lebih Duit Pada Tahun 2024

Semua orang ingin mencapai kestabilan kewangan dan meningkatkan simpanan mereka. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah membuat beberapa keputusan bijak untuk tahun 2024. Inilah senarai 9 benda yang saya telah berhenti dalam usaha untuk menjana lebih wang dan mencapai kewangan yang lebih baik.

Kopi Bangsawan / Kayangan

Minuman kopi mewah mungkin nikmat, tetapi membelinya setiap hari boleh menghabiskan banyak wang. Saya telah memutuskan untuk menyediakan kopi di rumah dan membuatnya sendiri untuk menjimatkan wang. Saya buat kira-kira kalau saya buat kopi kat rumah, harganya hanya RM 2 secawan berbanding dengan RM 14 di cafe.

Barang Di Kedai Fizikal

Dengan kemajuan teknologi, membeli barang secara dalam talian menjadi lebih mudah dan seringkali lebih murah. Saya akan mengurangkan lawatan ke kedai fizikal dan lebih memilih membeli barang dalam talian untuk jimat masa dan wang.

Saya pernah pergi kedai electronic untuk beli webcam. Harganya RM 129 jadi saya pun hampir beli tapi dekat situ juga saya buka online store kedai tu juga, harganya RM 75 je. Kedai yang sama, official store.

Tak tahu kenapa harga lain sangat. Saya terus keluar kedai dan beli daripada online store dia terus. Lambat sikit sampai dalam 3 hari tapi berbaloi.

Mungkin kalau saya ambil masa lebih untuk research, saya boleh dapat deals yang lebih bagus. Dengar cerita sebab ini lah TikTok shop kat indonesia tutup, sebab barang online lebih murah. Tapi nak buat macam mana, dah memang murah pun beli online, sebagai pengguna bijak, kita kena la buat keputusan yang bijak.

 

Kereta

Ye saya dah jual kereta BMW saya. Harga bulan-bulan saya bayar dulu RM 2457. Insurance setiap tahun dalam anggaran RM 4000 selepas NCD 55% dan sebab tayar performance saya tukar tayar 4 biji harganya RM 3600. Saya mengaku waktu ini saya tak pernah fikir tentang kewangan saya dan selepas 2 tahun memiliki kereta ini. Saya tak mampu nak bayar. Saya jual. (saya jarang nak kongsi benda ini sebab ini adalah pengalaman pahit)

Untuk kebanyakkan orang Malaysia, harga kereta menelan belanja kedua paling tinggi selepas rumah.

Sejak saya jual kereta saya, saya dapat jimat banyak duit.

Sekarang, saya dan isteri berkongsi satu kereta. Kalau waktu di mana kita memerlukan kereta pada waktu yang sama saya akan guna public transport ataupun guna grab sahaja. Lepas buat kira-kira, kalau saya naik grab setiap hari pergi balik office, tak sampai pun RM 2457 sebulan.

Mungkin cara ini tak sesuai untuk semua orang tapi sesuai untuk saya. Jadi buat lah keputusan sendiri.

Vape / Shisha

Merokok vape atau shisha boleh menjadi tabiat yang mahal dan berbahaya untuk kesihatan. Saya telah berhenti membeli produk-produk ini dan menyimpan wang serta menjaga kesihatan diri.

Dulu saya hisap shisha setiap hari dua kali, petang dan malam. Sampai satu tahap saya beli balang shisha sendiri dan shisha di rumah. Sampai terjatuh arang di atas lantai, hitam lantai tu sampai sekarang.

Kemudian saya mula vape, ingatkan akan jadi lebih sihat dan jimat cermat tapi tak jimat pun dan tak lebih sihat pun. Lagi teruk sebab boleh vape indoor jadi saya vape 20 jam sehari.

Jadi saya telah berhenti vape dan shisha. Dengan berhenti vape saya boleh jimat dalam RM 50 seminggu. Waktu vape mula-mula keluar dulu zaman kena recoil lagi teruk, saya spend RM 90 setiap 3 hari untuk beli flavor.

Endorsed by celebrities/influencers

Selalu saya terpengaruh dengan produk yang diiklankan oleh selebriti atau influencer. Saya akan lebih berhati-hati dan membuat keputusan pembelian berdasarkan keperluan sebenar saya dan bukan hanya kerana iklan.

Disebabkan syarikat-syarikat ini membayar influencers dan celebrities dengan untuk promote barang mereka, mereka menaikkan harga-harga product tersebut, jadi siapa yang sebenarnya bayar, syarikat itu atau pengguna?

Jenis-jenis product yang saya akan memang tak akan beli adalah product-product yang saya tak pernah dengar dan tidak tahu keberkesannya. Lagi teruk kalau influencer / celebrities tersebut tak pakai pun product tu.

Beli Tanpa Penyelidikan

Membeli sesuatu tanpa penyelidikan boleh menyebabkan pembaziran wang. Saya akan mengambil masa untuk melakukan penyelidikan sebelum membeli apa-apa barang atau perkhidmatan.

Saya telah menetapkan jangka masa 48 jam untuk research sehabis boleh dulu tentang sesuatu benda sebelum membelinya.

Contoh saya nak beli mouse saya akan search di google “best value for money mouse” dan baca reviews tentang mouse itu.

Kemudian bila dah keluar list mouse yang paling berbaloi beli saya akan search youtube reviews “pros and cons” mouse tersebut.

Selepas itu saya akan pergi tengok di kedai secara physical dan compare harga kalau beli di online. Kalau barang tersebut adalah barang yang tiada ‘mileage’ saya akan consider beli secondhand di carousell atau facebook marketplace.

Barang yang tidak ada potensi mendatangkan duit

Memilih untuk berbelanja pada barang-barang yang tidak memberi pulangan adalah satu amalan yang tidak bijak. Saya akan memilih untuk membeli barang yang hanya boleh menghasilkan pendapatan tambahan.

Apa yang saya maksudkan adalah, boleh tak saya affliatekan product tersebut. Kalau saya boleh post link affliate di Tiktok, Shopee ataupun Involve Asia saya boleh meyakinkan diri saya untuk beli product tersebut kerana ada potensi untuk mendatang duit.

Jangan beli pakaian untuk acara yang belum ada kepastian untuk berlaku

Terlalu sering kita membeli pakaian khas untuk acara khas yang mungkin berlaku hanya sekali-sekala. Saya akan berusaha untuk menggunakan pakaian yang sudah ada dalam almari dan hanya membeli jika betul-betul perlu.

Contoh lain, jangan beli pakaian yang kecil dengan harapan ‘saya akan kurus tak lama lagi In sya Allah’ jadi saya beli pakaian kecil untuk bagi inspiration.

Lagi satu, jangan beli pakaian yang mungkin kita akan pakai seperti hujung tahun depan MUNGKIN pergi London, ada sale sekarang ni kat uniqlo baju sejuk, jom la beli sekarang.

Ataupun beli baju untuk wedding abang atau adik yang dia takda planning pun nak kahwin lagi.

Mengurangkan Makanan Luar

Makan di luar rumah boleh menjadi perbelanjaan besar. Saya akan cuba untuk memasak lebih banyak di rumah dan membawa bekal ke tempat kerja untuk mengurangkan perbelanjaan makanan.

Kadang-kadang memang lebih senang order grab food ataupun makan di luar tapi saya telah buat keputusan, kalau nak juga makan di luar, saya sendiri pergi beli makanan di luar ataupun makan di kedai tersebut terus.

Kerana, harganya jauh beza kalau beli di grab dengan beli sendiri di kedai. Selalunya kedai mark up 30% untuk makanan yang dibeli guna grab.

Nak Buat Apa Dengan Duit Lebih Ini?

Dengan duit lebih daripada benda-benda yang saya jimat ini, saya akan salurkannya untuk investment, simpanan dan salurkan semula ke dalam business saya supaya saya dapat jana lebih lagi pendapatan untuk tahun 2024. In sya Allah. Doakan saya.

By the way untuk sesiapa yang ingin buat belanjawan bulanan saya telah sediakan sebuah template excel belanjawan bulanan untuk digunakan. Template ini telah digunakan oleh 300+ lebih orang di Malaysia dan saya yakin ianya boleh bantu anda juga. Boleh tekan link ini untuk tahu lebih.

https://takafulnation.onpay.my/order/form/belanjawanbulanan

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

6 Tips Simpan Duit : Pemuda Perlu Kuasai Skill Ini

6 Tips Simpan Duit : Pemuda Perlu Kuasai Skill Ini

Menyimpan duit adalah suatu kemahiran penting yang setiap individu perlu kuasai. Dalam dunia yang serba keras seperti sekarang, penting bagi kita untuk mengurus kewangan dengan bijak supaya dapat simpan duit untuk masa depan yang lebih cerah. Di bawah adalah beberapa...

Berapa Patut Saya Bayar Untuk Plan Takaful?

Berapa Patut Saya Bayar Untuk Plan Takaful?

Pernah tak korang dapat kawan-kawan yang kata “Eh mahalnya ko beli TV ni”, “Mahal nya kau beli itu..”? ataupun “Patut kau beli kereta ni dari kawan aku, dapat la banyak rebate atau discount”. Salah satu contoh biasa yang orang cakap macam ini adalah apabila korang...

Ambil Loan Untuk Buat Business – Wajar ke Tak Wajar?

Business adalah salah satu cara untuk mencari rezeki untuk keluarga. Ramai orang yang bekerja ada cita-cita untuk jadi usahawan dan ada juga yang sudah menjadi usahawan. Kesilapan pertama yang RAMAI usahawan buat adalah ambil loan untuk memulakan perniagaan.  Saya...

Cara Agent Takaful Dapat Leads 2023 VS 2010

Cara Agent Takaful Dapat Leads 2023 VS 2010

Saya start jadi agent Takaful pada tahun 2011. Waktu itu saya baru memulakan pembelajaran di HELP University. Degree tahun pertama dalam bidang Psychology. Kenapa saya join industry Takaful? Sebab darah muda, tentulah sebab nak duit. Nak beli kereta sukan (sports...

Perodua Axia E 2023 – Cara Nak Pakai Kereta Ini Secara Percuma

Perodua Axia E 2023 – Cara Nak Pakai Kereta Ini Secara Percuma

Kereta paling murah dalam Malaysia sekarang ini. Sesuai untuk orang yang memang memerlukan sebuah kereta tapi tidak mampu untuk kereta yang mahal-mahal. Cuma kurangnya adalah dia guna manual gearbox. Sekiranya ianya diberikan variant auto saya pasti lebih ramai yang...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *