Saya start jadi agent Takaful pada tahun 2011. Waktu itu saya baru memulakan pembelajaran di HELP University. Degree tahun pertama dalam bidang Psychology. Kenapa saya join industry Takaful? Sebab darah muda, tentulah sebab nak duit. Nak beli kereta sukan (sports car). Pada waktu itu kereta idaman adalah FD2R Honda Type R.
Jadi saya mula bekerja sebagai part time agent Takaful + part time student. Student lain biasanya ambil masa 3 tahun untuk habiskan degree tetapi saya ambil 5 tahun untuk habiskan degree kerana terlalu seronok bekerja dan dapat duit.
Cara agent Takaful dapat leads pada waktu itu berbanding dengan tahun 2023 sekarang ini adalah sangat berbeza.
Dulu
- Post gambar di facebook
- Cold call numbers beli daripada bankers (dulu tiada PDPA tetapi tetap salah)
- Direct approach orang
- Buka booth depan hospital
- Letak iklan di pokok/tiang lampu/pagar
Sekarang
- Jadi content creator di social media
- Buat youtube channel, tiktok, facebook page, instagram business page
- Buat ads di social media untuk dapatkan leads
- Dapat nombor prospects daripada marketing agency syarikat
Walaupun technique dapat leads sudah berbeza, keperluan rakyat Malaysia untuk dapatkan Takaful masih sama. Mereka masih memerlukan perlindungan Takaful, tak kisah sama ada medical card, hibah, critical illness, plan penggantian gaji ataupun kecacatan kekal.
Source : Gambar kereta di atas telah di ambil daripada https://paultan.org/
0 Comments