Ketika kita memikirkan tentang kejayaan dalam kehidupan, satu soalan sering timbul di minda kita: adakah kita perlu mempunyai ijazah degree atau diploma untuk mencapainya? Terdapat perdebatan berterusan mengenai pentingnya kelayakan akademik dalam mencapai kejayaan, dan pandangan berbeza-beza dalam kalangan masyarakat. Kalau ikut pengalaman saya, adanya degree atau diploma adalah langkah penting pertama untuk dapat kerja awal. Selepas itu, tidak memainkan peranan sangat dalam progression career. Bagi yang tiada diploma atau degree pula, tidak bermakna mereka tidak boleh berjaya tapi mungkin starting point mereka di tempat lain.
Ada sesetengah individu yang percaya bahawa ijazah akademik adalah asas yang penting dalam membina kerjaya yang berjaya. Mereka berpendapat bahawa kelayakan akademik memberikan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan dalam bidang tertentu. Selain itu, ia juga menunjukkan keupayaan seseorang untuk menguasai cabang ilmu tertentu, yang boleh memberi keyakinan kepada majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan. Degree dan diploma juga sering digunakan sebagai penapis awal oleh majikan yang ingin menapis calon-calon yang berkelayakan untuk jawatan yang ditawarkan.
Walaupun demikian, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa degree atau diploma bukanlah satu-satunya jalan kejayaan. Terdapat banyak individu yang mencapai kejayaan luar biasa tanpa memiliki ijazah akademik. Mereka mengutamakan pengalaman, kepakaran, dan kemahiran praktikal dalam bidang yang mereka minati. Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pantas ini, terdapat pelbagai bidang yang mungkin tidak memerlukan ijazah tertentu, seperti usahawan digital, seni kreatif, dan teknologi maklumat. Kebolehan untuk berinovasi, beradaptasi dengan perubahan, dan memiliki sikap positif yang kuat juga menjadi faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Pentingnya degree atau diploma dalam mencapai kejayaan juga bergantung pada bidang kerjaya yang diminati. Terdapat profesion yang memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam, seperti bidang perubatan, kejuruteraan, dan undang-undang. Dalam hal ini, degree atau diploma adalah penting sebagai persyaratan minimum untuk melangkah ke bidang tersebut. Bagaimanapun, terdapat juga kerjaya yang memberikan penekanan lebih kepada kemahiran praktikal dan pengalaman lapangan, seperti automotif, pembinaan, dan perhotelan. Dalam hal ini, diploma atau sijil latihan profesional mungkin lebih berfaedah.
Secara kesimpulannya, pentingnya degree dan diploma dalam mencapai kejayaan adalah bergantung kepada konteks dan bidang kerjaya yang diminati. Walau bagaimanapun, satu perkara yang perlu diberi penekanan adalah pembelajaran sepanjang hayat.
Saya adalah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang psychology dan apa yang saya belajar waktu di University dulu memang jauh daripada bidang kewangan yang saya ceburi sekarang tetapi apa yang saya dapat daripada pembelajaran dulu adalah keyakinan, cara bercakap dengan orang dan presentation skills. Jadi saya tak rasa yang ijazah saya ambil dalam bidang psychology itu hanya membuang masa.
Lebih penting bagi semua orang saya galakkan untuk membina skills atau dapat skills baru seperti marketing, sales dan after sales service. Walaupun anda mungkin tidak berada dalam sales department, bagi saya 3 skills ini penting dalam apa sahaja industry.
Cuba share korang belajar apa di university atau di sekolah dan apa kerja korang buat sekarang?
0 Comments