Panduan Memilih Plan Takaful Medical Card di Malaysia: Pengetahuan Penting untuk Perlindungan Kesihatan Anda

Takaful Medical Card adalah produk penting dalam perancangan kewangan yang melindungi anda daripada perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka. Namun, dengan pelbagai pilihan di pasaran Malaysia, memilih plan Takaful Medical Card yang sesuai boleh menjadi tugas yang mengelirukan. Artikel ini memberikan panduan praktikal untuk membantu anda memilih plan Takaful Medical Card yang tepat untuk perlindungan kesihatan anda dan keluarga. Inilah panduan mudah yang saya sudah sediakan.

Pilih Syarikat Takaful Yang Bagus

Sebelum ini saya telah list down 3 Syarikat Takaful Top di Malaysia yang saya rasa bagus dan sekiranya anda memilih salah satu daripada syarikat ini, kemungkinan besar anda tidak akan buat kesilapan. Cara saya buat penilaian 3 syarikat Takaful ini adalah berdasarkan kepantasan bayaran claim, portal pelanggan yang ada, app rewards yang ada, lokasi panel hospital, lokasi HQ ada di Malaysia? Boleh baca artikel itu di sini.Boleh baca artikel itu di sini.

Pastikan Had Limit Tahunan Dan Seumur Hidup Adalah Unlimited

Berdasarkan keperluan peribadi dan keluarga, pertimbangkan tahap perlindungan medikal yang ditawarkan oleh plan Takaful Medical Card. Faktor-faktor seperti had rawatan tahunan, had rawatan seumur hidup, lokasi panel hospital, dan lokasi HQ syarikat Takaful harus diambil kira dengan teliti untuk memastikan pemilihan plan Takaful yang betul. Saya suggest ambil plan Takaful yang tiada had tahunan dan tiada had seumur hidup.

Bersemuka Dengan Agent Takaful Anda

Ramai orang memberikan kepentingan dalam memilih plan Takaful dengan memilih agent Takaful yang bagus. Walaupun tidak wajib untuk ada agent Takaful dalam proses tuntutan, ianya lebih baik kita ada ‘point of reference’ untuk perkara-perkara yang kita tidak tahu. Lagi cepat untuk kita whatsapp agent untuk dapatkan maklumat daripada perlu pergi ke HQ, beratur untuk dapatkan jawapan yang mudah.

Pilihan Manfaat Tambahan Seperti Pampasan Sakit Kritikal, Cacat Kekal dan Hibah Takaful

Selain daripada perlindungan medikal asas, banyak plan Takaful Medical Card menawarkan manfaat tambahan seperti pampasan bagi penyakit kritikal, pampasan cacat kekal dan hibah Takaful. Semak dengan teliti manfaat tambahan yang disediakan, had masa tunggu yang berkaitan, dan bagaimana ia dapat meningkatkan perlindungan anda. Pampasan sakit kritikal dan cacat kekal.

Tetapkan Budget Bulanan Yang Sesuai

Setiap plan Takaful Medical Card mempunyai kadar sumbangan bulanan yang berbeza berdasarkan umur, pekerjaan, jantina dan status merokok. Pastikan sumbangan bulanan anda tidak melebihi budget yang ditetapkan. Selalunya 10% daripada gaji bulanan sudah mencukupi untuk mendapatkan perlindungan yang sesuai. Sekiranya gaji anda adalah RM 2500 sebulan, digalakkan budget untuk Takaful anda adalah RM 250 sebulan. Jangan ikut perlindungan kawan-kawan kerana keperluan mereka mungkin berbeza daripada anda. Baik dapatkan nasihat daripada pakar (agent Takaful).

Memilih plan Takaful Medical Card yang tepat memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam. Melalui panduan ini, anda akan dapat tentukan keperluan peribadi, menilai perlindungan medikal yang sesuai, menetapkan budget yang sesuai, memilih pampasan sakit kritikal, cacat kekal dan jumlah hibah takaful, dan kos yang berkaitan. Pastikan untuk membuat perbandingan antara plan-plan yang berbeza sebelum membuat keputusan akhir. Perlindungan kesihatan yang teliti akan memberikan ketenangan minda dan kesejahteraan kewangan kepada anda dan keluarga. Sekiranya anda rasa panduan memilih plan Takaful ini bagus, tolong kongsi kepada rakan anda.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *