Top 3 Syarikat Takaful Yang Menawarkan Plan Medical Insurance Di Malaysia

Sama ada anda baru start kerja, sudah bersara ataupun tiba-tiba dapat kesedaran untuk mencari plan Takaful ataupun plan medical insurance di Malaysia, digalakkan anda ambil plan Takaful daripada syarikat yang sudah lama berada di Malaysia dan ada reputasi yang bagus. Ini untuk memastikan tuntutan (claims), sekiranya ada, di proses dengan cepat. Ada juga syarikat Takaful yang terlalu menjanjikan perlindungan tinggi dan caruman yang rendah, akhirnya bungkus kerana tidak dapat menampung kadar tuntutan yang tinggi. Jadi saya ada compile 3 top syarikat Takaful di Malaysia yang saya ada pengalaman dan rasa mereka bagus. Saya juga kenal ramai agent-agent mereka dan orang dalam pihak management mereka yang meyakinkan saya bahawa mereka ini bagus. Secara ringkasnya, jika anda pilih dari salah satu 3 syarikat Takaful ini untuk plan medical insurance, anda takkan buat pilihan yang silap.

Sebagai seorang pelanggan, saya hanya pentingkan benda yang dua sahaja :

  1. Claim lulus atau tidak?
  2. Berapa lama nak bayar claim?

Benda-benda lain yang saya ambil kira adalah :

  1. Ada panel hospital berdekatan dengan tempat kerja/rumah saya?
  2. Kalau saya nak walk in, ada branch office atau HQ dekat dengan rumah saya?
  3. Ada client portal untuk saya check benefits saya online?
  4. Ada rewards app/client app?

Dengan itu saya dah list down 3 syarikat takaful yang menawarkan medical insurance di Malaysia yang kalau anda pilih, ‘you cannot go wrong’.

Dan bukan ikut urutan, top 3 syarikat takaful yang menawarkan medical insurance di Malaysia ikut pengalaman saya adalah :

Great Eastern Takaful 

  • Time frame standard untuk approve claim – 14 hari
  • Panel hospital – Ada di seluruh Malaysia
  • HQ Great Eastern – Ada di KL, senang nak pergi.
  • Client Portal – E-Connect
  • Great Eastern Rewards App – UPGreat

Great Eastern adalah sebuah syarikat berasal daripada Singapore dan saya kenal ramai kawan-kawan yang bekerja sebagai agent dan juga bahagian management yang bagus-bagus daripada Great Eastern.

AIA Public Takaful

  • Time frame standard untuk approve claim – 14 hari
  • Panel hospital – Ada di seluruh Malaysia
  • HQ AIA – Ada di KL, senang nak pergi.
  • Client Portal – Ada AIA customer portal
  • AIA Rewards App – AIA Vitality

AIA adalah sebuah syarikat berasal daripada US dan saya ada kenal ramai agent daripada AIA dan management dari syarikat AIA juga kenalan saya yang bagus-bagus.

PruBSN Takaful

  • Time frame standard untuk approve claim – 14 hari
  • Panel hospital – Ada di seluruh Malaysia
  • HQ Prudential – Ada di TRX, Kuala Lumpur
  • Client Portal – PruBSN Touch
  • PruBSN Rewards App – Pulsè

Prudential adalah sebuah syarikat yang berasal daripada UK dan telah joint venture dengan Bank Simpanan Nasional di Malaysia untuk memasarkan produk Takaful.

Jadi sekiranya anda ingin memilih syarikat Takaful yang menawarkan medical insurance di Malaysia, pilih lah daripada salah satu daripada 3 syarikat ini. In sya Allah anda akan dapat :

  • Agent yang ‘highly trained’
  • Product Takaful yang komprehensif
  • Syarikat Takaful yang kukuh

Plan medical insurance di Malaysia ada bermacam-macam jenis dan banyak. Untuk senang, saya galakkan dapatkan khidmat nasihat daripada agent Takaful yang anda percaya.

Bagi yang ingin dapatkan khidmat nasihat daripada saya boleh contact saya dengan mengisi borang ini

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *