Kalau Pregnant Baby Girl, Mak Nampak Serabai. Kalau Pregnant Baby Boy, Mak Nampak Glowing

Appointment kedua di hospital KPJ Damansara.

Kata-kata isteri saya “You tengok eh I ni lawa ke serabai?. Kalau girl, the girl will suck the beauty out of me. Kalau boy, I akan nampak glowing.”

Saya tak nak comment apa-apa. Orang mengandung ni kalau kita boleh nak elakkan argument, kita elakkan je.

Hari ni patut appointment 2 hari awal tetapi saya tak boleh datang appointment tu jadi kami whatsapp nurse untuk minta postpone. Dia kata ok.

Sampai-sampai pukul 9 am ternampak doctor tu tengah berjalan sambil tengok phone ke clinic dia. Dia pun baru sampai. Tunggu 10 minit terus dapat jumpa dia.

Dia terus buat ultrasound dan dia kata semua nampak ok, position baby ok, berat ok, size ok.

Dia buka kita dengar heartbeat alhamdulillah happy betul dengar degupan jantung baby. Risau sebenarnya sebab 2-3 minggu ni wife saya banyak angkat barang-barang berat sebab kita baru pindah rumah. Saya larang dia angkat apa-apa pun tapi boleh tahu bila saya tiada di rumah dia ada angkat juga benda-benda berat.

Lagi satu, tak tahu kenapa kita mula buat senaman ringan di taman minggu lepas. 3 hari straight pergi ke taman untuk buat 30 minit exercise.

Hari ini juga di clinic, doctor tanya sama ada kita nak buat genetic testing? Ada dua jenis,

  1. FTS (First Trimester Screening) – RM 850 (Harga 4 tahun lepas adalah RM 700).
    • Test untuk Down’s syndrome, Edwards’ syndrome dan Patau’s syndrome
  2. NIPT (Non-Invasive Prenatal Testing) – RM 1500 (Harga 4 tahun lepas adalah RM 3000). Dia kata ini lebih detailed daripada test FTS. Dia akan detect dengan 99% accuracy :
    • Down syndrome (trisomy 21).
    • Trisomy 18.
    • Trisomy 13.
    • Disorders affecting sex chromosomes (X and Y).
    • Gender of the baby

Pada mula saya rasa tak perlu nak buat testing ni tapi bila wife kata “Untuk Noah (anak pertama kami) kita buat” Jadi logic nya kita kena buat juga la untuk anak kedua ini.

Kita decide untuk ambil bloodtest untuk NIPT. In sya Allah results akan keluar minggu depan. Kami excited nak tahu gender sebenarnya.

Cost untuk visit hari ini adalah :

  • Supplements – RM 42
  • Consultation Fees – RM 265
  • NIPT Genetic Screening – RM 985 (Aik tadi kata RM 1500, alhamdulillah)

Total = RM 1292

 

Btw, korang yang baca ni boleh tak comment kat ruang comment “Wife you lawa betul” saya nak tunjuk kat dia korang cakap dia lawa. 

 

 

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Baby Update! : Akhirnya baby dah sampai !

Alhamdulillah baby selamat dilahirkan pada 23/11/23 (tarikh ni memang isteri nak) dengan berat 2.67kg. Tiada komplikasi dan semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Seminggu sebelum tarikh yang kita tetapkan kita disuruh pergi ke level 2 (maternity ward)...

Week 26 Update : Ujian Glucose, Berpuasa, dan Pertussis Vaccine

Week 26 Update : Ujian Glucose, Berpuasa, dan Pertussis Vaccine

Setiap perjalanan kehamilan mengandungi detik-detik yang tak terlupakan. Pada minggu ke-26 kehamilan saya, saya telah menjalani satu kunjungan yang penuh cabaran dan kegembiraan. Semasa kunjungan ini, saya telah menghadapi ujian glukosa hamil, berpuasa selama 12 jam,...

Week 22 : Monthly Check Up

Week 22 : Monthly Check Up

Untuk check up ini, kami ada sedikit kerisauan kenapa baby masih tak bergerak lagi dan belum tendang lagi. Jadi lagi bertambah risau apabila doctor pun kata patut by now dah tendang. Jadi dia buat detailed scan, maksudnya dia scan dan ukur setiap organ, kaki, tangan,...

Week 20 Update – Dah dapat OnG Report Untuk Apply Takaful Prenatal

Week 20 Update – Dah dapat OnG Report Untuk Apply Takaful Prenatal

Okay alhamdulillah dah dapat report daripada hospital untuk apply prenatal takaful. Kitorang sign up plan prenatal supaya dapat cover apa yang cover : Jaundice HDU/ICU Incubation due to premature Congenital illnesses Lepas lahir tak perlu sibuk nak apply medical card...

17 Weeks Update : Pengalaman Bersalin Di Hospital KPJ Damansara

17 Weeks Update : Pengalaman Bersalin Di Hospital KPJ Damansara

Tak siap lagi report O&G. Dah hantar 3 minggu lepas tapi tak siap lagi report yang kami minta untuk apply plan pre-natal. Sebelum ini, laju je doctor siapkan tapi sekarang bila medical record department dah ambil alih. Process jadi slow. Ada sesetengah hospital...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *