Cara Dapatkan Simpanan RM 10,000 Dengan Pantas

Masalah besar ramai orang kat Malaysia ini adalah kita tiada simpanan. Mesti korang fikir, ye saya pun macam tu jugak. Jangan malu sebab BNM buat satu research and dia dapati 75% rakyat Malaysia takda simpanan even RM 1000 pun. Jadi inilah cara bagaimana nak dapatkan simpanan RM 10,000 dengan pantas untuk orang yang biasa macam kita.

So macam mana nak simpan RM 10,000 dengan pantas?

Step 1 – Tentukan Tarikh Bila Nak Dapat RM 10,000?

Step pertama adalah kita kena set tarikh bila nak dapat RM 10,000 tu.

Timeline yang korang rasa realistic bila?

Bagi saya, setahun adalah timeline yang realistic untuk ramai orang untuk dapatkan simpanan RM 10,000.

Jadi step pertama adalah untuk bahagikan RM 10,000 kepada 12 bulan bersamaan dengan RM 833.

Jadi tugas kita adalah untuk kenal pasti mana nak dapat RM 833 sebulan ini.

Step 2 – Track Setiap Sen Duit Kita Keluar Ke Mana

Tugas kedua adalah untuk track spending kita – Saya recommend guna app macam MAE atau BigPay yang boleh track spending kita dan categorizekan setiap bulan spending kita pergi ke mana. Lepas tu senang kita nak tengok ikut category kemana duit kita pergi.

Step 3 – Kurangkan Perbelanjaan

Tugas ketiga adalah untuk kenal pasti kat mana yang kita boleh kurangkan.

Ramai orang kata kita boleh kurangkan rokok, shopping dan interest credit card tapi kalau ikut research, sebenarnya kita boleh dapat savings paling banyak bila kita masak makanan sendiri.

Beli satu vacuum food sealer dan simpan makanan lebihan ataupun masak selonggok seminggu sekali untuk dimakan untuk hari-hari lain. Dah la lebih sedap dan lagi jimat

Selain daripada tu, ada banyak lagi benda yang kita boleh ubah untuk dapatkan simpanan.

Sebagai contoh, phone bill.

Kalau di rumah dan di office ada unlimited internet, perlu ke phone kita juga unlimited internet? Sekarang prepaid plans ada macam-macam jenis plan yang kita boleh ubah setiap bulan. Contoh kalau bulan ni kita nak hanya 5gb internet dan 30 minit calls. Kita boleh ambil yang itu je. Dapat save dalam RM 70 sebulan.

Paling elok kalau dapat sekalikan dengan bill internet di rumah.

Takaful bulanan pun boleh review balik semula untuk dapatkan sumbangan bulanan lebih murah. Mungkin ada benefits yang tidak lagi relevant boleh dikurangkan dan mungkin sustainability boleh dikurangkan daripada umur 100 tahun dikurangkan kepada 90 tahun dahulu. Dekat sini mungkin boleh save dalam RM 50 sebulan.

Pay yourself first – Sebelum bayar semua commitment, paksa diri untuk asingkan duit untuk diri sendiri dulu. Paling elok buat secara automatic. Kalau ikut experience kita boleh buat standing instruction bank untuk transfer secara automatic ke bank account lain tapi cara yang saya rasa PALING effective adalah untuk include RM 50 atau RM 100 ke dalam plan takaful atau unit trust yang akan ditolak secara automatic dan untuk keluarkannya tak terlalu senang. Kena isi borang atau whatsapp agent dan tunggu company process dulu.

Commitment yang paling menakutkan saya adalah commitment bulanan rumah. Kenapa saya rasa ini menakutkan adalah sebab ini lah tempat tinggal kita. Cuba bayangkan kita dah beli rumah dan kita jatuh ditimpa tangga dan tak dapat nak bayar bulanan rumah?

Kena jual rumah, nak jual rumah ambil masa yang lama, kena cari buyer, kena jual harga lebih dari loan kat bank. Tapi kalau kita letak harga lebih tinggi dari harga valuation bank, susah nak cari buyer, kalau ada buyer pun dia susah nak dapat loan amount tu. Macam-macam itu kita video lain kita bincang lebih.

Jadi bagi siapa yang ada commitment bulanan rumah, cuba la untuk kurangkan bayaran monthly rumah itu. JANGAN extend loan period untuk dapatkan monthly commitment lebih murah, sebaliknya fikir cara yang lain seperti menyewa salah satu bilik rumah yang tak digunakan atau kalau ada ruang rumah yang besar sikit boleh disewakan sebagai event space.

Kereta – Kalau ada commitment kereta bulan-bulan dan rasa macam terlalu tinggi, boleh consider jual dan beli kereta lain lebih murah, sewakan kereta tu on the weekends ataupun beli insurance kereta tahunan yang lebih murah.

Utilize Tax LHDN – Tengok balik semula apa yang boleh claim dan apa lagi yang belum utilize.

Setiap tahun berubah sedikit apa tax relief yang ada jadi elok bercakap dengan tax accountant yang bagus. Kalau ada kawan yang buat freelance tax filing, boleh juga tanya dia. Mungkin dapat free consultation.

Step 4 – Side Hustle

Akhir sekali dan paling senang cara nak simpan RM 10,000 adalah dengan adanya side income. Tak kisah la service seperti tolong lipat baju jiran, side business buat detailing kereta ataupun service buat website untuk small businesses yang kita kenal. Kenal pasti dulu apa kelebihan dan minat kitaa. Asalkan kita buat side income yang kita passionate sebab lepas beberapa bulan semangat itu confirm akan berkurangan tapi kalau kita memang minat dengan bidang itu, walaupun ada problem, kita akan teruskan side hustle tu.

Akhir kata, RM 10,000 adalah satu amount yang sangat achievable dan saya yakin semua orang bila dah set target ini dengan niat yang murni, kita pasti boleh achieve. In sya Allah. Kalau korang ada lagi cara nak dapatkan RM 10,000 tolong bagitau dalam ruang comment supaya kita dapat belajar sama-sama.

Jom Hidup Tanpa Hutang

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *