14 Salah Faham Tentang Takaful

Banyak kali kita dengar tentang cerita orang Malaysia ditipu oleh Takaful (tak kisah company mana). Bila dengar cerita orang, memang seakan-akan syarikat Takaful di Malaysia ni diwujudkan untuk scam duit orang.

Namun, kenapa masih ada ramai yang jadi pelanggan Takaful? Kenapa ada kenalan kita yang kita dengar ceburi bidang Takaful? Kenapa Bank Negara tak buat sebarang tindakan kalau betul syarikat Takaful di Malaysia ni semua adalah scam?

Hakikatnya, ramai rakyat Malaysia yang salah faham tentang Takaful dan kegunaannya. Ini adalah 14 salah faham tentang Takaful yang selalu berlaku.

  1. Bila masuk hospital, semuanya covered
    Walaupun ramai rakyat Malaysia dah semakin pandai tentang Takaful, ada lagi juga yang ada salah faham bahawa semuanya covered apabila admitted di hospital.
    Boleh tengok list di bawah benda-benda yang tak covered yang biasa hospital charge :

    • Deductible/ Co-Takaful
    • Admin Fee/Management Fee
    • Vitamins dan supplements
    • Extra Food/Extra Bed
    • Tongkat atau wheelchair (untuk dibawa balik)
  2. Boleh diguna pakai di clinic
    “Kawan saya guna XXX, boleh je pakai di clinic”.Ini adalah salah faham kerana itu adalah kemudahan yang disediakan oleh majikan mereka.Tugas company itu yang kata mereka cover clinic adalah sebenarnya mengumpulkan semua bil-bil dan menyerahkan kepada majikan tersebut setiap dua minggu atau sebulan untuk dibayar oleh majikan mereka.

    Basically majikan atau syarikat-syarikat besar ini yang membayar kos rawatan clinic pekerja mereka.

  3. Boleh cover kos melahirkan anak
    Tidak boleh, kalau kos lahirkan anak covered, syarikat Takaful itu akan tutup kedai dalam masa sebulan.
  4. Agent anda akan jadi agent selama-lamanya
    Memang kita nak yang indah sahaja dan harap ada agent kita selama-lamanya hingga ke hari tua tapi setiap agent ada masalah dan cabaran masing-masing. Mungkin tahun depan mereka dapat tawaran lumayan bekerja di London, terpaksa la dia berhenti sebagai agent Takaful.Setiap agent yang berhenti, semua clients akan di transfer ke agent yang baru.
  5. Semua penyakit covered
    Tidak, ada general exclusion di sini 
  6. Syarikat Takaful yang tanggung bil hospital
    Syarikat Takaful adalah wakil yang menjaga duit tabarru’ semua pelanggan (peserta). Orang yang membayar bil hospital adalah pelanggan-pelanggan lain yang telah kumpul duit di tabung Tabarru’ di syarikat Takaful.
  7. Habis je commission, agent kita tak nak layan kita dah
    Sampai hati cakap macam ni, agent awak tak berkira sangat tentang duit, kebanyakkannya tak pandang pun commission itu, cuma ofcourse dia tak nak masa mereka terbazir tanpa ada apa-apa upah.
  8. Semua agent suka janji manis, bila nak claim susah
    Tak pernah lagi ada manager bagi training untuk janji manis. Yang ada adalah kepentingan untuk tahu proses claim dan apa yang boleh di cover dan apa yang tak boleh cover. Ini sangat penting sebab kalau agent kata boleh claim, tapi sebaliknya tak boleh claim, esok tu juga client nak cancel policy.
  9. Kalau bunuh diri tak cover
    Bunuh diri ada waiting period setahun. (Tolong jangan bunuh diri)
  10. Kalau ambil Takaful, bila mati nanti kena buat post mortem
    Syarikat Takaful tiada kuasa untuk mengarahkan buat post mortem.
  11. Kalau saya transfer policy ke agent lain, agent lain tu dapat commission
    Tidak, kalau boleh, akan berlaku banyak perebutan clients.
  12. Boleh cover medical check up
    Routine medical check up tidak cover, termasuk dalam salah satu general exclusion.
  13. Semua tak cover, habis tu apa yang cover?
    Banyak sangat penyakit di dunia ni yang Takaful akan cover. Jatuh longkang, cancer, diabetes, torn acl, accident dan banyak lagi. Kalau nak list down kat sini, banyak sangat jadi mereka list down apa yang tak cover. Kat sini. 
  14. Ambil hari ni, esok boleh terus masuk hospital
    Tak boleh, ada waiting period 4 bulan. Ada contestability period 2 tahun.
    Tapi kalau ambil takaful hari ini, esok jatuh accident cover tak? Cover. Cuma akan ada investigation untuk memastikan tarikh dan masa kejadian itu betul.

Banyak lagi salah faham tentang Takaful yang ada, paling elok baik anda bercakap dengan orang yang berpengalaman. Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai Takaful boleh whatsapp saya.

Kalau rasa article ni bermanfaat, tolong share kat kawan-kawan.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *