Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua pembaca yang telah kehilangan ahli keluarga. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Sekiranya arwah pernah ada Takaful, anda boleh buat tuntutan pampasan kematian.
Jumlahnya berbeza mengikut sijil takaful masing-masing (boleh check buku polisi arwah). Selalunya amount dia sebelah benefit yang dipanggil Sum Assured, Sum Insured, Pampasan Kematian, Hibah ataupun mereka boleh letak nama plan tersebut (cth PruBSN Asaslink).
Sekiranya lulus, anda akan dapat pampasan kematian yang disetujui dulu oleh arwah.
Contoh jumlah pampasan adalah RM 50,000 , RM 100,000 , RM 1 juta dan sebagainya.
Document yang diperlukan untuk tuntutan pampasan kematian (Jika ada nama penerima hibah) :
- Sijil kematian
- IC arwah dan IC penuntut
- Bukti hubungan penuntut dengan arwah seperti sijil nikah
- Isi Borang E-Credit (Untuk masukkan duit pampasan ke account mana)
i. Keperluan tambahan untuk Kematian Semula jadi (Penyakit):
1. Sijil Perawat Perubatan (sekiranya jangka masa sijil kurang dari 5 tahun)
ii. Keperluan tambahan untuk Kematian Bukan Semula jadi/kemalangan:
1. Laporan Polis yang disahkan benar
2. Laporan Post-mortem terperinci yang disahkan benar
3. Laporan Toksikologi yang disahkan benar (jika ada)
iii. Sekiranya kematian berlaku di luar Malaysia:
1. Surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara
2. Sijil Perakuan penempatan untuk kematian warga asing yang diperakui
*Sijil Perakuan penempatan yang bermaksud sijil kebenaran untuk membawa jenazah (mayat)
pulang ke Malaysia
3. Salinan buku pasport penuh yang disahkan benar
Jika tiada nama penama ataupun penerima hak ditetapkan oleh arwah :
- Sijil Faraid
- Surat Kuasa Mentadbir
- Geran Probet
Kesimpulannya adalah, sila check sijil takaful anda sama ada :
- Pampasan Kematian (Hibah) anda cukup
- Nama penerima hibah sudah ada di dalam system
Sekiranya belum update nama penerima hibah anda di PruBSN sila isi borang ini dan email ke customer@prubsn.com.my.
0 Comments