2 Sebab Pasangan Ramai Anak Perlu Hibah Takaful

Sekiranya anda mempunyai 3 hingga 4 anak, anda boleh dikira sebagai pasangan yang ramai anak pada zaman sekarang. Anak-anak anda mesti terdiri daripada gabungan lelaki dan perempuan. Kita perlu ingat, hak harta pusaka waris lelaki dan perempuan selalunya tidak sama rata.

Keperluan mereka juga adalah berbeza-beza. Mungkin ada yang dah berkahwin atau bekerja tapi ada juga yang tidak bekerja atau kurang berjaya dari segi kerjaya. Ada 3 sebab kenapa pasangan yang ramai anak perlu hibah takaful.

  1. Pasangan itu ingin memberikan harta pusaka sama rata
    Ada pasangan yang ingin memberikan harta pusaka sama rata kepada semua anak kerana mereka ingin berlaku adil. Dengan adanya ‘hitam putih’ wasiat dan bersefahaman antara semua adik beradik, kita boleh buat planning awal supaya apabila tibanya hari pembahagian harta pusaka, semua anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka inginkan semua anak dapat hak sama rata.
    Ini boleh mengelakkan pergaduhan antara adik beradik dan mempercepatkan proses agihan harta pusaka.
  2. Pasangan itu ingin bahagikan harta pusaka ikut peratusan tersendiri 
    Di Malaysia, ramai anak sulung terpaksa berkorban untuk tidak sambung belajar ke university untuk membantu keluarga mereka supaya sekurang-kurangnya adik yang paling bongsu dapat pergi ke university dan dapat kerjaya yang lebih baik.
    Ini mengakibatkan selalunya ada perbezaan kewangan dan kehidupan dari segi abang sulung dengan adik-beradik yang lain. Dengan adanya hibah, kita dapat memberikan harta pusaka yang lebih kepada abang sulung kerana mereka lebih memerlukannya.

Kesimpulannya, pasangan yang ramai anak perlu hibah dan hibah Takaful kerana kita boleh buat perancangan awal supaya dapat menjaga silaturahim sesama keluarga dan setiap adik beradik dapat hak masing-masing seperti yang ditentukan oleh pasangan yang ramai anak tersebut.

Kedua gambar rajah ini diberikan oleh https://efaraid.mais.gov.my/EFARAID

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *