Medical card adalah salah satu cara untuk membayar bil rawatan hospital sekiranya kita perlu dimasukkan ke hospital dan hibah Takaful adalah satu plan Takaful yang melindungi gaji kita sekiranya kita sakit kritikal, cacat kekal ataupun meninggal dunia. Ramai orang selalu tanya, medical card atau hibah? Mana yang kita patut ambil dulu kalau kita hanya mampu sign up satu?
Jawapan dia bukan straight forward kerana ada situasi yang berbeza tetapi untuk kebanyakan rakyat Malaysia, lebih elok kita ambil hibah Takaful dahulu.
Rawatan hospital kita boleh dapat secara percuma dia hospital government dan mungkin kita ada medical card percuma yang telah disediakan oleh majikan. Manakala, hibah (atau perlindungan gaji kita) tiada.
Sekiranya kita hidup tak panjang, gaji bulanan akan terhenti tetapi commitment bulanan dah hutang tetap perlu dibayar oleh pewaris (isteri dan anak-anak). Kalau kita hanya ada medical card, keluarga kita tak dapat pampasan kematian untuk merekan meneruskan kehidupan.
Soalannya, kalau korang sudah ada medical card yang diberikan oleh majikan atau anda boleh ke hospital kerajaan yang percuma. Ambil lah hibah dahulu sekarang budget hanya ada untuk satu plan sahaja.
Medical card atau hibah? Bagi saya, hibah dulu. Korang rasa macam mana?
0 Comments