Mesti korang tengah excited nak pilih kereta mana kan? Mesti la nak ada kereta baru sebab baru dapat kerja.
Lepas kerja beberapa tahun mesti naik gaji atau dapat kerja yang lebih bagus. Lama-lama dapat la gaji lagi lebat dan boleh tukar kereta lagi. Realitinya bukan semua ‘career trajectory’ macam ni. Ada yang kena buang kerja. Ada yang takda increment. Ada yang kena VSS dan sebagainya.
Jadi, kita kena buat pilihan bijak untuk kereta pertama anda.
Sebelum tu, korang kena ingat kereta ni hanyalah satu kenderaan untuk pergi daripada point A ke point B.
Orang lain tak kisah ataupun tak heran pun korang pakai kereta apa.
Untuk pemuda yang baru start kerja pastikan kereta tu selamat, tidak selalu rosak dan menjimatkan minyak.
Dari segi pengiraan, nasihat orang adalah selalunya macam ini.
Anda hanya layak beli kereta yang harganya tidak melebihi gaji tahunan. Contoh gaji RM 3000 x 12 = RM 36,000. Anda boleh beli kereta yang harga RM 36,000 ke bawah.
Axia, Myvi second, Proton Saga.
Bagi yang taknak berhutang, boleh beli kereta secondhand yang murah dan bagus.
Kumpul duit dulu sehingga RM 15,000 – RM 20,000 dan beli kereta cash di Mudah.my atau carsome. (ni kena usaha dan research banyak untuk kumpul duit dan cari kereta second hand yang bagus).
Saya suggest jangan mulakan kehidupan kita dengan hutang kereta kerana hidup tanpa hutang adalah hidup yang tenang.
0 Comments