Agent Penipu! Tiba-Tiba Harga Takaful Saya Naik

Sudah pasti kita tak suka apabila harga astro, harga loan kita, harga nasi lemak ataupun harga apa-apa naik.

Takaful tidak terkecuali, beberapa tahun/bulan lepas banyak company Takaful di Malaysia terpaksa naikkan harga dan mereka telah memberitahu pelanggan mereka 9-12 bulan lebih awal.

1. Kenapa mereka naikkan harga? Untuk dapat untung lebih? Agent ke yang naikkan? 

Tidak, bukan agent yang naikkan dan bukan juga untuk untung lebih company.

Caruman bulanan terpaksa dinaikkan untuk memastikan plan Takaful anda dapat bertahan dan sustain selama tempoh yang ditentukan awal-awal waktu kita sign up. Sehingga umur 60,70,80,90 ataupun 100 tahun.

2. Kita kan dah agree harga XX, macam mana boleh pandai-pandai naikkan harga? 

Di dalam setiap certificate takaful, tidak kira company mana ada clause yang menyatakan company takaful boleh naikkan harga dengan bagi 90/30/60 hari notis (bergantung pada company takaful masing-masing).

3. Agent saya cakap harga takkan naik.

Tidak boleh dinafikan kenaikan harga ini tidak pernah berlaku sebelum tahun 2015.

Kena tahu yang ada pelbagai jenis agent, agent part time, agent full time, agent yang tidak cukup ilmu dan agent yang sudah lama dalam bidang takaful.

Malah juga agent yang tidak tahu yang harga Takaful boleh naik. Sebab itu ada segelintir agent yang MUNGKIN pernah cakap kepada client mereka bahawa harga takkan naik.

4. Boleh ke saya taknak harga naik? 

Boleh, bincang dengan agent anda kerana ada pelbagai cara untuk mengekalkan harga caruman takaful anda sedia ada.

  1. Tukar plan (endorsement)
  2. Adjust sustainability period
  3. Adjust benefits yang tidak lagi relevant
  4. Adjust cash value

Conclusion

Kalau boleh jangan cancel takaful anda kerana kalau ambil plan baru di company lain, anda perlu start balik semula waiting period (4 bulan) dan contestability period (2 tahun).

Thank you itu sahaja, kalau ada sebarang pertanyaan boleh tanya di ruang comment di bawah.

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *