Ambil Loan Untuk Buat Business – Wajar ke Tak Wajar?

Business adalah salah satu cara untuk mencari rezeki untuk keluarga. Ramai orang yang bekerja ada cita-cita untuk jadi usahawan dan ada juga yang sudah menjadi usahawan.

Kesilapan pertama yang RAMAI usahawan buat adalah ambil loan untuk memulakan perniagaan. 

Saya tulis dalam bold supaya ramai orang nampak.

Saya dah jumpa ramai betul orang yang berhutang untuk memulakan perniagaan. Ye saya faham, selalu orang kata nak buat business kena ada modal. Sebab itu ramai orang buat business ambil personal loan/business loan/SME Loan.

Ramai juga saya jumpa orang yang selepas ambil hutang untuk start perniagaan dan perniagaan itu FAIL, dia masih lagi berhutang dan dia membayar bertahun untuk langsaikannya.

Case #1 – Business Padang Bola

Dua orang kawan ingin start perniagaan padang bola sepak. Kawan A ada tanah peninggalannya yang cukup luas untuk buat padang bola sepak. Maklumlah, business padang bola sepak ini lumayan. Setiap hari, kalau ada 2 perlawanan sahaja boleh dapat untung dalam RM 600 setiap hari. Setiap bulan RM 18,000. Kalau perlawanan pada waktu pagi untung atas angin sebab tak perlu bayar electric untuk lampu.

Jadi kawan B dipaksa ambil loan untuk membina padang bola di atas tanah itu. Kawan A tidak perlu mengeluarkan apa-apa sebab tanah itu harta pusaka peninggalan atuknya.

Nak jadikan cerita, business tak seindah yang disangka, tanah itu tidak sesuai untuk dijadikan padang bola, selepas beberapa bulan padang itu tidak lagi rata dan keuntungan masih belum banyak untuk buat maintenance, jadi makin lama-makin kurang orang nak main di padang itu.

  • Kawan A – Tiada hutang
  • Kawan B – Masih berhutang dengan bank

Tetapi business sudah tak jalan dan kawan B terpaksa tanggung hutang bulanan.

Case #2 – Kedai kopi hipster 

Seorang peminat kopi ini selalu lepak di kedai kopi hipster bersama kawan-kawannya. Jadi dia terfikir untuk buat satu kedai kopi supaya semua kawan dia dapat lepak di situ.

Jadi dia telah ambil loan sebanyak RM 500,000 untuk membina kedai kopi itu. Alhamdulillah selepas 3 bulan, siap semua. Tetapi business macam biasa, tidak seindah yang disangka. Kawan-kawan pun tak datang ke kedainya sebab lokasi kedai terlalu jauh daripada rumah mereka. Mereka sudah biasa dengan kedai kopi yang mereka lepak selama ini.

Peniaga ini tidak ada pengalaman untuk buat marketing dan tidak tahu cara untuk menarik pelanggan ke kedainya. Dia terlalu sibuk dengan operational duties (handle staff yang kerja di sana setiap hari). Tahu tak, sebenarnya paling pening dalam buka cafe adalah handling staff. Sebab itu, syarikat besar ada department khas hanya untuk human resource.

Lama-lama kedai kopi pun tutup dan peniaga yang ambil loan ini terpaksa tanggung hutang dengan bank. Dia declare muflis sebab commitment bulanan terlalu tinggi.

Habis tu macam mana nak buat business kalau jangan ambil loan untuk modal? 

Guna kaedah business bootstrap – Mulakan dengan modal rendah seperti RM 100 dan setiap keuntungan invest balik 90% ke dalam business. Ada banyak jenis perniagaan yang boleh dilakukan tanpa modal ataupun modal yang rendah.

  1. Affliate Marketing
  2. Agent Produk Orang
  3. Service Business

Risiko rendah dan ada ‘escape plan’ supaya tidak terjerat dengan hutang.

Cuba lah business secara bootstrap. Sekian

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Week 33 Update : Pengalaman Bersalin di KPJ Damansara

Kita dah minggu ke 33 alhamdulillah lagi sebulan untuk menanti kehadiran puteri pertama kami. Baby M. Baru tahu kalau pregnant boleh masuk parking KPJ dan ada parking warna pink itu khas untuk mak yang mengandung tapi icon dia gambar mak bawak anak-anak tapi guard tu...

9 Benda Saya Berhenti Beli Untuk Jana Lebih Duit Pada Tahun 2024

9 Benda Saya Berhenti Beli Untuk Jana Lebih Duit Pada Tahun 2024

https://youtu.be/L0xP9jRsN9Y?si=7-DzThJexLl3-Z_Y Semua orang ingin mencapai kestabilan kewangan dan meningkatkan simpanan mereka. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah membuat beberapa keputusan bijak untuk tahun 2024. Inilah senarai 9 benda yang saya telah berhenti...

Berapa Gaji Sebulan Yang Akan Buat Kita Gembira?

Berapa Gaji Sebulan Yang Akan Buat Kita Gembira?

Di tengah-tengah cabaran ekonomi global dan perubahan dinamik sosial, soalan tentang gaji yang selesa sering menjadi tumpuan. Di Malaysia, definisi gaji yang selesa dapat berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor seperti lokasi, kos sara hidup, tanggungan...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *