Salam semua, kali ni saya nak tulis tentang contingent participant. Ramai orang tak buat ni lagi. Kenapa saya tahu kenapa ramai tak lantik penjaga untuk sijil takaful anak anda lagi? Sebab saya tengok list pelanggan saya dan saya tengok 99% belum ada contingent participant untuk sijil anak mereka.
Dengan kita melantik ‘penjaga’ untuk sijil takaful anak, sekiranya kita meninggal dunia, tak perlu lalui process rumit untuk mendapatkan letter of administration ataupun probate dari mahkamah untuk menentukan siapa penjaga sijil takaful anak.
Siapa yang boleh dilantik sebagai contingent participant? :
- Makcik atau pakcik
- Atuk atau nenek
- Adik beradik yang dah umur lebih 18 tahun
Kena ingat, kita kena dapat persetujuan penjaga ini jadi penjaga perlu sign di borang pelantikan contingent participant.
Borangnya ada di sini kalau ada orang nak download. Contingent_Participant
0 Comments