Apa Yang Perlu ISTERI Buat Selepas Kematian Suami?

Memang lumrah kehidupan semua yang bernyawa pasti akan mati.

Ayat Al-Quran “Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”, Ali ‘Imran Ayat 185.

Bagi ahli keluarga terdekat yang masih hidup, kita bertanggungjawab untuk melaksanakan beberapa hak si mati. Terutamanya buat isteri yang baru sahaja kehilangan suami. Apa yang perlu isteri buat selepas kematian suami?

Uruskan pengebumian jenazah

    • Mati di hospital
      Sekiranya kematian berlaku di hospital, waris perlu buat pengecaman mayat di unit/jabatan forensik dan akan diberikan dokumen:

      • Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian atau Perakuan Pegawai Perubatan Mengenai Sebab-Sebab Kematian (Post-Mortem)
      • Borang Daftar Kematian / Permit Mengubur
        Bagi orang islam, boleh mandikan dan kapankan jenazah di hospital dan menggunkan van jenazah hospital (dengan bayaran). Proses mandi dan kapankan jenazah perlu diuruskan oleh waris sendiri dan bukan oleh pihak hospital. Kat sini boleh call pak imam atau masjid untuk dapatkan bantuan.
        Sediakan duit dalam RM 1500 untuk kos pengurusan jenazah.
        Boleh rujuk sini untuk maklumat penuh
        http://www.myhealth.gov.my/menuntut-mayat-tahukah-anda/
    • Mati di rumah

 Bayar Hutang

    • Selepas solat jenazah
      Seeloknya lantik seseorang wakil daripada keluarga untuk buat pengumuman selepas solat jenazah untuk ucap terima kasih kerana datang selesaikan solat jenazah, beritahu info tentang di mana tempat pengebumian dan minta sesiapa yang arwah ada hutang untuk berjumpa dengan pihak keluarga untuk diselesaikan (kalau tidak boleh dihalalkan).
    • Hutang bank, creditors, tempat kerja, kawan-kawan, keluarga
      Senaraikan hutang-hutang yang kita tahu arwah ada dan kenal pasti jumlahnya. Sekiranya arwah pernah buat list lagi bagus. Sekiranya tak tahu, perlu geledah rumah dan mencari semua document yang ada. Nasihat bagi kita yang masih hidup, senangkan proses ini untuk waris, buat senarai hutang kita seperti hutang kereta, hutang rumah, hutang motor, PTPTN, hutang dengan kawan-kawan dan sebagainya. Mudahkan proses ini untuk waris.
    • Hutang kepada Allah
      Sebagai orang islam, salah satu rukun islam adalah menunaikan haji bagi yang mampu. Sekiranya arwah belum lagi pergi haji, kita boleh buatkan badal haji untuk arwah. Harganya dalam RM 2000. Ramai syarikat yang menawarkan pakej badal haji ini dan juga Tabung Haji menyediakan khidmat ini.

Claim Hibah Takaful

    • Inform agent Takaful
      Sekiranya tahu nombor telefon agent arwah, boleh inform dia tentang kematian arwah. Sediakan document di bawah untuk proses tuntutan hibah Takaful. Sekiranya ada plan medical card sahaja pun kebanyakan sudah ada sekali hibah takaful. Pastikan nama awak sebagai isteri adalah waris dalam system sebagai penerima hibah takaful untuk memudahkan proses. Duit hibah takaful akan dimasukkan kedalam account dalam masa 14 – 30 hari bekerja sekiranya semua document lengkap dan plan takaful hibah masih inforce. 

      • Document yang diperlukan
        • Sijil Kematian/Sijil Pengesahan Kematian Daripada Polis/Dokumen daripada hospital (Post-Mortem)
        • IC Copy Si Mati
        • IC Copy Pewaris
        • Isi Account Number Pewaris
        • Sijil Nikah/Kad Nikah
    • Inform pihak majikan arwah
      Kebanyakan syarikat juga ada ambil plan Takaful untuk pekerjanya dan ada juga hibah takaful. Sekiranya ada hibah takaful pun boleh claim daripada pihak majikan. Ini boleh rujuk dengan HR syarikat arwah bekerja.

Boleh gunakan duit hibah takaful ini untuk meneruskan kehidupan, bayar tanggungan bulanan dan bayar hutang yang urgent seperti yang telah disenaraikan sebelum ini. Bagi yang tiada plan Takaful hibah, boleh hubungi saya untuk dapatkan quotation. 

Uruskan Harta Pusaka 

    • Ada Wasiat
      Sekiranya arwah pernah buat wasiat, ada dokumen perlantikan wasi dan akan memudahkan proses harta pusaka. Seeloknya isteri la yang dilantik sebagai wasi.

      • Wasi yang telah dilantik akan selesaikan di makhamah tinggi/pejabat pusaka kecil/amanah raya (*bergantung pada nilai harta) untuk dapatkan probet dan sijil faraid
      • Dengan adanya sijil faraid dan probet, boleh cairkan harta yang beku di tempat yang relevant. (Contohnya bank, JPJ, KWSP, Tabung Haji)
    • Tiada Wasiat
      • Bincang pelantikan pentadbir dengan semua waris (ibu,bapa,anak lelaki, anak perempuan, isteri)
      • Dapatkan persetujuan bertulis semua waris.
      • Sekiranya harta lebih dari RM 2 juta perlu lantik lawyer bersama dua penjamin dan berurusan dengan Makhamah Tinggi.
      • Sekiranya kurang dari RM 2 juta pergi ke Pejabat Pusaka Kecil.
      • Sekiranya kurang daripada 600k (harta alih sahaja) boleh pergi ke Amanah Raya.
      • Dapatkan LA dan sijil faraid
      • Cairkan harta yang beku
        Perlu tahu yang sekiranya tiada wasiat, prosesnya boleh memakan masa 6 bulan sehingga 2 tahun. Boleh tengok kes ini http://gedebakgedebook.blogspot.com/2018/07/apa-perlu-buat-bila-keluarga-meninggal.html)

Teruskan kehidupan

Akhir sekali, selepas anda sebagai isteri sudah tahu apa yang perlu isteri buat selepas kematian suami, sudah tiba masa untuk kita meneruskan kehidupan. Dengan kehilangan suami, isteri bukan sahaja kehilangan teman hidup. Isteri juga kehilangan pendapatan bulanan suami jadi isteri perlu buat perancangan bulanan. Jangan lupa keluarga sentiasa ada sebagai support system dan boleh bergantung kepada mereka untuk bantuan.

Perlu sentiasa ingat untuk berdoa untuk arwah. In sya Allah suami isteri akan bertemu kembali di syurga.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *