Cara nak claim follow ups lepas discharge dari hospital

Ada juga yang tak tahu bahawa follow up claims di hospital selepas discharge kita masih boleh claim daripada pihak Takaful. Kebanyakan plans boleh claim sehingga 90 hari selepas keluar hospital tapi ada juga plans yang sehingga 120 selepas keluar hospital.

Ini cara-caranya :

  1. Bagi receipt kat agent
    • Langkah pertama adalah hantar gambar original receipt dan invoice. Original receipt itu perlu buat strikethrough dan tulis “FOR PRUBSN USE ONLY” seperti dalam receipt di atas.
    • Simpan receipt original itu sampai claim settle kerana ada kemungkinan pihak company akan request original receipt secara physical.

Cara ini paling senang untuk semua. Mudah bagi agent untuk monitor claim progress dan juga mudah untuk client dapat updates tentang claim mereka. Untuk pengetahuan anda, claims selalunya akan settle dalam masa 14 -30 hari bekerja sekiranya semua document lengkap.

  1. Walk in branch
    Bawa semua document daripada hospital dan walk in ke branch PruBSN yang berdekatan. Secara umum perlu ada document ini :

    • Original Receipt
    • Invoice
    • Itemized Bill
    • Medical Report (jika ada yang berkenaan)

Walaupun sesetengah client ada agent, mereka lebih suka buat kerja sendiri dan tidak mahu menyusahkan agent. Mereka sanggup walk in ke branch yang berdekatan untuk submit claim post hospitalisation. Tak mengapa, boleh juga. Tiada masalah.

  1. Courier ke HQ atau branch
    • Cara ini berisiko kerana document mungkin hilang dalam perjalanan jadi ambil lah jenis courrier yang berdaftar. Ada bukti penerima.
    • Pastikan semua document ada dan ada contact number anda untuk pihak takaful contact sekiranya ada info yang diperlukan.

Saya faham, ada sesetengah client duduk sangat berjauhan daripada agent dan juga jauh daripada branch PruBSN yang berdekatan. Untuk case begini, anda boleh courier straight kepada branch yang berdekatan ataupun HQ.

Address HQ Prudential adalah Ground Floor, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

Itu lah cara-caranya yang ada untuk buat claim Takaful bagi post-hospitalisation. Paling senang sekiranya anda ada agent yang masih active. Sekiranya anda tiada agent, boleh contact saya, saya boleh bantu. In sya Allah.

Nota Penting : Sila update account number anda untuk pihak Takaful buat bayaran claim. 

Link borang : https://www.prubsn.com.my/export/sites/prudential-pbtb/en/.galleries/pdf/e-credit-form.pdf

Email ke customer@prubsn.com.my 

Soalan extra : Kalau dah habis 90 hari dah tak boleh follow ups tapi saya masih sakit lagi. Macam mana?

Jawapan mudah : Minta doctor admit lagi sekali untuk dapatkan treatment di hospital, kemudian boleh follow up lagi 90 hari.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Commission Agent Takaful Berapa?

Commission Agent Takaful Berapa?

Asalamualaikum, Mesti ada ramai yang terfikir “aku kena buat side income la”. Perbelanjaan bulanan makin lama makin naik. SST naik daripada 6% kepada 8%. Minyak diesel tiada lagi subsidi. (walaupun kita pakai petrol, ini akan menyebabkan kos barang lain-lain naik...

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Bapa admitted ke hospital luar negara, apa jadi kat anak-anak?

Ini bukan kisah sebenar tapi apa yang berlaku sekiranya seorang bapa bawak anak-anak bercuti ke luar negara kemudian jatuh sakit dimasukkan ke hospital? Siapa nak uruskan anak-anak di balik ke Malaysia? Terpaksa la ibu atau keluarga lain yang di Malaysia, beli ticket...

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Pengalaman Amin Masuk Hospital KPJ Damansara 2 Sebab Dengue

Bangun Pagi Badan Rasa Sengal-Sengal Pada pagi itu, terasa badan sangat sengal-sengal dan rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Dah lama tak terasa sebegini sebab selalunya kalau sakit tak demam pun tapi hanya selesema dan batuk biasa sahaja. Tapi kali ini takda...

Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General? Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya : Ada buat insurance kereta tak? Ada buat travel insurance tak? Ada...

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Best Ke Bilik VIP kat Hospital RM 850/sehari?

Lagi mahal dari duduk hotel. Alhamdulillah saya nak kongsi berita baik saya baru dapat anak perempuan baru lahir 23/11/23. Pada mula kita ditempatkan di bilik RM 350/sehari (personal room di maternity ward). Lepas tu ramai orang datang visit dan isteri mula rasa tak...

Strategi Saya Untuk Jana RM 100,000 Pada Tahun 2024

Diorang kata RM 100,000 pertama ni susah. Tapi lepas dah capai ni, senang je nak jadi RM 200,000, RM 300,000 sampai la ke RM 1,000,000 dan seterusnya.   Jadi pada tahun 2024, In sya Allah saya akan kumpul RM 100,000. So...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *