Pengalaman Bersalin di KPJ Damansara

Ini adalah pregnancy kedua kami dan saya ingat nak document journey ini supaya dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa lain tentang bersalin di salah satu hospital swasta di Malaysia. Hospital Pilihan kami adalah KPJ Damansara kerana dekat dengan rumah, doctor dah memang tahu kes kami sebab sebelum ni kita pernah ada masalah untuk pregnant dan kami perlu jalani pembedahan dengan doctor ni jadi senang bila dia dah ada semua record pregnancy kami dan dah tahu previous history penyakit kami.

Jadi hari ni adalah first appointment dan alhamdulillah kami dapat confirmkan scan pertama iaitu pregnant 7 minggu.

Lagi satu senang dengan clinic ini adalah kita boleh whatsapp sahaja nurse bila-bila masa waktu bekerja dan dia boleh layan soalan-soalan kami dan juga untuk set appointment. Semua nya senang.

Kami set time 8:30 am sebab senang lepas hantar anak pertama kami pergi sekolah kita boleh terus ke clinic ini untuk jumpa doctor.

Tiba di clinic, tiada orang dan selepas duduk 5 minit boleh masuk bilik jumpa doctor. Dia tanya sikit-sikit tentang pregnancy dan dia terus buat ultrasound. Alhamdulillah dapat dengar heartbeat baby kami.

Sekarang dia tak bagi dah film ultrasound tu tapi dia whatsapp terus gambar ultrasound tu.

Dia minta makan supplement Vitamin D dan folic acid dan suruh berjaga-jaga dulu dalam first trimester ini.

  1. Tidak boleh buat activity lasak
  2. Boleh minum kopi 2 cawan sehari

Semuanya selesai dalam masa 10 minit.

 

Tentunya dengan kesenangan itu, kos dia bukan murah. 

Consultation dengan doctor – RM 235 

Ultrasound procedure – RM 200 

Supplement – RM 48.50 

Total kos hari ini – RM 483.50 

Next appointment adalah sebulan lagi. 

Siapa ada pengalaman bersalin di KPJ Damansara? Boleh share juga pengalaman anda di bawah.

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Baby Update! : Akhirnya baby dah sampai !

Alhamdulillah baby selamat dilahirkan pada 23/11/23 (tarikh ni memang isteri nak) dengan berat 2.67kg. Tiada komplikasi dan semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Seminggu sebelum tarikh yang kita tetapkan kita disuruh pergi ke level 2 (maternity ward)...

Week 26 Update : Ujian Glucose, Berpuasa, dan Pertussis Vaccine

Week 26 Update : Ujian Glucose, Berpuasa, dan Pertussis Vaccine

Setiap perjalanan kehamilan mengandungi detik-detik yang tak terlupakan. Pada minggu ke-26 kehamilan saya, saya telah menjalani satu kunjungan yang penuh cabaran dan kegembiraan. Semasa kunjungan ini, saya telah menghadapi ujian glukosa hamil, berpuasa selama 12 jam,...

Week 22 : Monthly Check Up

Week 22 : Monthly Check Up

Untuk check up ini, kami ada sedikit kerisauan kenapa baby masih tak bergerak lagi dan belum tendang lagi. Jadi lagi bertambah risau apabila doctor pun kata patut by now dah tendang. Jadi dia buat detailed scan, maksudnya dia scan dan ukur setiap organ, kaki, tangan,...

Week 20 Update – Dah dapat OnG Report Untuk Apply Takaful Prenatal

Week 20 Update – Dah dapat OnG Report Untuk Apply Takaful Prenatal

Okay alhamdulillah dah dapat report daripada hospital untuk apply prenatal takaful. Kitorang sign up plan prenatal supaya dapat cover apa yang cover : Jaundice HDU/ICU Incubation due to premature Congenital illnesses Lepas lahir tak perlu sibuk nak apply medical card...

17 Weeks Update : Pengalaman Bersalin Di Hospital KPJ Damansara

17 Weeks Update : Pengalaman Bersalin Di Hospital KPJ Damansara

Tak siap lagi report O&G. Dah hantar 3 minggu lepas tapi tak siap lagi report yang kami minta untuk apply plan pre-natal. Sebelum ini, laju je doctor siapkan tapi sekarang bila medical record department dah ambil alih. Process jadi slow. Ada sesetengah hospital...

Comments

2 Comments

  1. Rara

    Thank you for sharing sekali dengan kos. sangat membantu as I am a first time mom to be

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *