Untuk claim pampasan kematian mudah sahaja. Benda yang paling penting adalah sijil kematian. Untuk dapatkan sijil kematian selalunya perlu ada ‘proof of death’. Namun bagi mangsa-mangsa MH370, tiada proof of death dan kebiasaannya kes sebegini akan di golongkan sebagai ‘missing person’ case.
Untuk dapatkan sijil kematian untuk kes ‘missing person’ tidak senang dan perlu tunggu 7 tahun baru boleh dapat sijil kematian. Jadi untuk kes ‘missing person’ memang semuanya akan tergantung selama 7 tahun seperti insurance, property, duit dalam account semua tidak boleh diusik.
Untuk kes MH370 pula dikira sebagai ‘extraordinary case’ yang dipersetujui oleh semua syarikat takaful dan insurance di Malaysia jadi mereka tidak perlu proof of death dan proof of death yang diterima adalah pengumuman Najib Razak tentang nasib MH370 sudah memadai.
Jadi untuk kes MH370, semua pampasan kematian dibayar tanpa banyak masalah.
Ada sesiapa ada pengalaman dengan missing person? Boleh share di comment di bawah.
0 Comments