Kenaikan Caj RM 1 kepada RM 5 hingga RM 20 Untuk Rawatan Klinik Kesihatan : Adakah Ini Wajar?

Sistem rawatan di Malaysia dikenali antara yang terbaik di dunia. Banyak doktor, jururawat dan petugas kesihatan Malaysia kami menyerlah apabila bekerja di luar negara. Baru-baru ini terdapat beberapa khabar yang mungkin caj RM 1 di klinik kesihatan perlu dinaikkan ke harga lebih tinggi kerana sudah tidak masuk akal.

Bagi saya, memang tak masuk akal. Caj RM 1 itu adalah hanya sebagai satu cara untuk ‘rekod keeping’. Kalau dinaikkan ke RM 5, atau RM 20 ataupun RM 50 saya sangat setuju. Terdapat banyak kebaikan yang kita dapat apabila kita naikkan caj klinik kesihatan.

  1. Lebih pendapatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia yang dapat disalurkan semula kepada sistem kesihatan di Malaysia.
    Dengan adanya pendapatan lebih untuk KKM, kita mungkin dapat sistem kesihatan yang lebih bagus daripada sekarang. Lebih kemudahan dapat diberikan kepada rakyat.
    Sebagai contoh, di klinik kesihatan UAE, dia nampak macam ini. Facility di klinik kerajaan lebih canggih daripada di klinik swasta. https://www.facebook.com/watch/?v=4897064630414413
  2. Dapat menampung kos medical inflation setiap tahun.
    Setiap tahun, harga ubat dan equipment naik dalam kadar 14% setiap tahun. Teknologi perubatan pun setiap tahun makin lama makin canggih tapi juga makin mahal. Mungkin dengan kenaikan charge di clinic, rawatan di hospital pula boleh jadi free sepenuhnya.
  3. Mengurangkan kesesakan di clinic dan hospital
    Dengan ada charge lebih tinggi, pesakit akan berfikir dua kali untuk pergi ke clinic untuk sakit-sakit yang mungkin boleh dirawat dengan sendiri di rumah. Dengan ini, dapat mengurangkan kesesakan di clinic dan hospital.

Akhir sekali, saya setuju untuk naikkan caj RM 1 di klinik kesihatan tetapi kena pastikan duit yang kita dapat daripada kenaikan caj ini disalurkan ke tempat yang betul. Kalau ikut berita, banyak penyelewengan berlaku terhadap duit rakyat dan harap ini tidak berlaku untuk memastikan ada lebih pendapatan untuk KKM, dapat menampung kos medical inflation dan dapat mengurangkan kesesakan di clinic dan hospital.

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

Tips Pengurusan Kewangan Generasi Muda: Umur 20 – 30

Tips Pengurusan Kewangan Generasi Muda: Umur 20 – 30

Pengurusan kewangan adalah satu skill penting yang perlu dikuasai oleh generasi muda, terutamanya di dalam usia 20 hingga 30 tahun. Dalam dekad awal kehidupan ini, perancangan kewangan yang bijak akan membantu membentuk asas yang kukuh bagi masa depan kewangan anda....

Ciri-ciri Memilih Pelan Takaful Hibah yang Tepat: 5 Perkara Penting

Ciri-ciri Memilih Pelan Takaful Hibah yang Tepat: 5 Perkara Penting

Dalam beberapa tahun ini, permintaan untuk pelan Takaful hibah semakin meningkat, di mana lebih ramai individu mencari penyelesaian kewangan yang patuh Shariah yang sesuai dengan keperluan unik mereka. Takaful hibah menawarkan perlindungan dan peluang untuk memberi...

Cara Kenal Pasti Agent Takaful Yang Professional

Cara Kenal Pasti Agent Takaful Yang Professional

Bagaimana Memilih Ejen Takaful Hayat yang Tepat Memilih ejen takaful hayat yang tepat merupakan keputusan penting yang dapat memberi impak besar terhadap masa depan kewangan dan ketenangan jiwa anda. Dengan begitu banyak ejen dan agensi yang berusaha menarik perhatian...

6 Tips Simpan Duit : Pemuda Perlu Kuasai Skill Ini

6 Tips Simpan Duit : Pemuda Perlu Kuasai Skill Ini

Menyimpan duit adalah suatu kemahiran penting yang setiap individu perlu kuasai. Dalam dunia yang serba keras seperti sekarang, penting bagi kita untuk mengurus kewangan dengan bijak supaya dapat simpan duit untuk masa depan yang lebih cerah. Di bawah adalah beberapa...

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *