Travel Takaful Etiqa Review : Okay ke tidak?

Kenapa saya jadi agent Takaful General?

Sebagai seorang consultant takaful, saya dulu hanya focus kepada medical card, hibah dan investment plan macam PruBSN Aspirasi tetapi ramai client saya tanya :

  1. Ada buat insurance kereta tak?
  2. Ada buat travel insurance tak?
  3. Ada insurance kebakaran tak?
  4. Ada insurance untuk doctor-doctor kalau kena saman tak?

Pada mula saya hanya cakap saya tidak ada lesen, jadi saya asyik pass kepada agent lain yang ada lesen general takaful tapi bila fikir balik, kat situ ada banyak ‘money on the table’ yang kita tak ambil. Ada peluang untuk tambah pendapatan tapi kita tak ambil, rugi.

Jadi saya buat keputusan untuk ambil lesen general takaful. Jadi ye saya dah ada lesen untuk general takaful. Saya search syarikat mana yang menang award number 1 general takaful di Malaysia dan saya dapat tahu yang Etiqa adalah syarikat tersebut jadi saya pun register sebagai agent Etiqa yang sah bagi category General dan masih lagi maintain sebagai agent Takaful Life di PruBSN.

PruBSN tidak jual product general jadi saya terpaksa register dengan syarikat lain.

Jadi saya nak buat review tentang travel takaful Tripcare 360 daripada Etiqa.

Ikut pengalaman saya :

Claim laju ke tidak?

Ikut pengalaman, claim system dia teratur, client dan agent boleh buat submission secara straightforward guna system claim mereka. Merimen e-Claims

Boleh check status di situ dan client akan dapat keputusan juga daripada email.

Turn around time – 30 hari bekerja.

Claim berjaya?

Ye saya pernah buat claim berjaya untuk accident kereta, travel delay, luggage rosak.

Cuma client kena tahu beforehand cara nak claim sebab ada sesetengah document kita kena ambil waktu di negara itu ataupun waktu itu juga.

Contoh kalau luggage rosak ataupun hilang, kita perlu dapatkan written confirmation by airline. 

Kalau hilang duit ataupun passport kena curi, kena buat police report di negara itu. 

Kalau travel delay kena dapatkan written confirmation by airline on cause of travel delay. 

Jadi kalau dah ambil plan Etiqa Takaful, kena simpan document cover note dan juga policy wordingnya.

Murah ke tidak?

Murah je travel takaful ni kalau nak compare dengan trip kita spend, contoh kita spend travel ke Thailand kena prepare dalam RM 10,000. Harga travel takaful ini untuk 12 hari hanyalah RM 93.

Dia cover medical sampai RM 500,000, delay sampai RM 600, etc etc etc banyak la. Sangat berbaloi ambil bukan sebab nak untung tapi untuk pastikan kita ada compensation kalau travel kita ada berlagi malapetaka ataupun sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Conclusion

Saya kalau pergi travel mana-mana sekarang mesti saya akan ambil travel takaful bukan sahaja untuk menyenangkan diri sendiri tapi tak nak menyusahkan orang lain.

Kalau nak ambil travel takaful dengan saya boleh contact saya kat sini

@aminfuzi | Linktree

Amin

 

Nama saya Amin

Dalam blog ini saya menulis tentang kewangan, pewarisan harta dan takaful dengan harapan dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam menguruskan kewangan masing-masing.

Follow Us

Related Posts

9 Benda Saya Berhenti Beli Untuk Jana Lebih Duit Pada Tahun 2024

9 Benda Saya Berhenti Beli Untuk Jana Lebih Duit Pada Tahun 2024

https://youtu.be/L0xP9jRsN9Y?si=7-DzThJexLl3-Z_Y Semua orang ingin mencapai kestabilan kewangan dan meningkatkan simpanan mereka. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah membuat beberapa keputusan bijak untuk tahun 2024. Inilah senarai 9 benda yang saya telah berhenti...

Berapa Gaji Sebulan Yang Akan Buat Kita Gembira?

Berapa Gaji Sebulan Yang Akan Buat Kita Gembira?

Di tengah-tengah cabaran ekonomi global dan perubahan dinamik sosial, soalan tentang gaji yang selesa sering menjadi tumpuan. Di Malaysia, definisi gaji yang selesa dapat berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor seperti lokasi, kos sara hidup, tanggungan...

Tips Pengurusan Kewangan Generasi Muda: Umur 20 – 30

Tips Pengurusan Kewangan Generasi Muda: Umur 20 – 30

Pengurusan kewangan adalah satu skill penting yang perlu dikuasai oleh generasi muda, terutamanya di dalam usia 20 hingga 30 tahun. Dalam dekad awal kehidupan ini, perancangan kewangan yang bijak akan membantu membentuk asas yang kukuh bagi masa depan kewangan anda....

Comments

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *